LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA FERTIGASI UMPSA-TERAJU PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA FERTIGASI UMPSA-TERAJU PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

16 JANUARI 2024 - KG. PULAU RUSA, KG TANJUNG BATU, & KG GONCHANG PEKAN, PAHANG
 
Daripada 9 peserta, 4 orang peserta sedang menjalankan aktiviti penanaman, dan 1 peserta dalam proses semaian dan pindahan anak pokok. Baki 4 lagi peserta merehatkan plot masing-masing bagi memberi laluan kepada musim hujan.
 
Jenis Tanaman : Timun hijau, Terung Mini, Labu Air, Peria Katak, & Cili Minyak
 
Permasalahan :
1. Serangan kulat yang meningkat disebabkan oleh kelembapan yang tinggi akibat hujan berterusan
2. Serangan serangga perosak (Lalat putih, kumbang, ulat timun (lepidoptera), serta thripps) yang mengakibatkan peratusan buah gred A menurun drastik.
3. Hujan lebat berterusan menyebabkan air naik dan menjejaskan laluan di beberapa kebun milik peserta.
 
Khidmat Nasihat :
1. Menggunakan racun kulat jenis sistemik yang diserap pokok ataupun aplikasi racun kulat organik seperti Bacillus yang boleh bertahan di dalam musim hujan
2. Menggunakan racun serangga organik seperti Jadam (JWA), Bacillus thuringiensis, campuran 'instant knockout', dan hanya menggunakan racun serangga kimia yang sistemik sahaja dengan syarat penyemburan harus tidak terkena hujan sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Menggunakan apa yang ada sedaya upaya untuk menghadapi cuaca hujan serta air bertakung.

Print   Email