LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA FERTIGASI UMPSA-TERAJU PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA FERTIGASI UMPSA-TERAJU PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

17 JANUARI 2024 - KG PAYA RAMBUTAN , KUANTAN
 
Daripada 4 orang peserta seramai 3 orang masih aktif menjalankan aktiviti penanaman, manakala seorang peserta merehatkan tapak atas faktor risiko tinggi banjir berlaku di tapak tersebut. 
 
Jenis Tanaman :
1. Terung mini
2. Cili kampung
 
Permasalahan :
 1. Serangan kulat hawar pucuk (phytoptora) menular di kebun mengakibatkan lebih 70 peratus pokok cili kampung terpaksa dibuang.
2. Serangan serangga perosak thripps boleh dilihat jelas pada buah terung mini yang berlaku pada hampir 40 peratus pokok. Serangan thripps mengakibatkan buah terung mini mengalami penurunan gred sekaligus mengurangkan harga jualan di pasaran. Kehadiran lalat putih mengakibatkan penularan virus mozek pada pokok terung mini.
 
Khidmat Nasihat :
 1. Hujan lebat mengakibatkan pengumpulan air yang terlalu banyak pada bahagian bawah polibeg yang menjadi pusat pembiakan kulat dan penyakit terutama kepada pokok cili. Peserta dinasihatkan untuk meletakkan polibeg di atas susunan bata bagi memudahkan pengaliran lebihan air keluar.
2. Peserta juga diminta untuk melakukan rawatan media tanaman sebelum memulakan musim baru bagi mengelakkan penyakit atau masalah yang terjadi sebelum ini daripada berulang. Rawatan boleh dilakukan dengan penggunaan Bacillus Subtillis dan Trichoderma Harzianum bagi melawan bakteria / kuman jahat yang ada di dalam media. Rawatan dilakukan dengan bancuhan dua bahan tadi di dalam tangki dan diberikan secara titis kepada media dengan anggaran 300ml - 400ml untuk setiap polibeg. Bahan rawatan boleh didapati di aplikasi shopee.
3. Melakukan kawalan serangga dengan lebih ketat menggunakan racun mengikut mod tindakan menyeluruh (tenaga, pertumbuhan, dan pernafasan) bagi membasmi secara efektif serangga-serangga perosak di dalam kawasan kebun. Senarai jenis racun mengikut mod tindakan boleh dirujuk dari buku modul fertigasi yang diberikan kepada peserta.

Print   Email