LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA PROJEK FERTIGASI ‘IOT BASED SMART FARMING SYSTEM’

LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA PROJEK FERTIGASI ‘IOT BASED SMART FARMING SYSTEM’

18-22 MAC 2024 - PEKAN
 
Lawatan pemantauan bulanan peserta projek fertigasi DPUB UMPSA – Teraju melibatkan 17 peserta di daerah Pekan iaitu daripada Kg Bentan seramai 5 orang, Kg Pulau Rumput seramai 1 peserta, Kg Meragih seramai 7 peserta Kg Bukit Udang seramai 1 peserta, Kg Gumum seramai 1 peserta, dan Kg Bukit Kenau seramai 2 peserta. Lawatan yang berjalan sepanjang minggu ke-3 bulan Mac ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab UMPSA untuk membimbing dan memastikan peserta berupaya menjalankan aktiviti projek dan seterusnya menambah hasil pendapatan bulanan peserta. Antara tanaman yang diusahakan peserta adalah terung mini, cili besar, cili bara, dan timun hijau. Melalui projek ini, peserta diajar kemahiran pertanian secara fertigasi menggunakan aplikasi dalam talian internet pelbagai benda (IoT). Menggunakan sensor khas dan sistem automasi tangki siraman yang diintegrasikan kedalam aplikasi dalam talian, memudahkan kerja-kerja siraman, bancuhan baja, dan pengawasan pertumbuhan tanaman. Kecekapan penggunaan air dan baja dapat ditingkatkan secara signifikan melalui data yang diperoleh daripada sensor di dalam polibeg tanaman.
 

Print   Email