LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR (BMT) DAN PROJEK KOMUNITI TERTUMPU (LIVING LAB) DI UMS, KOTA KINABALU SABAH

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR (BMT) DAN PROJEK KOMUNITI TERTUMPU (LIVING LAB) DI UMS, KOTA KINABALU SABAH

19-20 FEBRUARI 2024 - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan lawatan penanda aras yang bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMT) dan Projek Komuniti Tertumpu (Living Lab) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah. 
 
Lawatan 2 hari ini merupakan inisiatif dari PJIM, UMPSA yang ingin mendalami lebih lanjut mengenai program-program tertumpu (Living Lab) serta memahami impak yang dihasilkan terhadap komuniti setempat di Sabah. Antara tinjauan tempat lawatan ialah Bombom Kg Marakau yang giat melakukan ternakan ikan dan juga pembuatan Parang oleh komuniti itu sendiri. Selain itu Kg Penimbawan yang mengusahakan ternakan Ikan Sangkar (Siakap) serta kedai runcit yang diusahakan oleh orang komuniti setempat. Sesi perkongsian perlaksanaan dan pengurusan projek BMT di Sabah yang diuruskan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dijalankan. Ini memberi peluang kepada ahli projek untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan program BMT di peringkat tempatan.
 
Secara keseluruhan, lawatan ini bukan sahaja memberi wawasan kepada para ahli projek mengenai keberkesanan program BMT di peringkat tempatan, tetapi juga memperlihatkan potensi yang ada dalam membantu komuniti-komuniti miskin untuk bangkit dari kemiskinan tegar melalui usaha-usaha pembangunan ekonomi masyarakat.

Print   Email