LAWATAN TAPAK PROJEK UNIMADANI DI PAYA BUNGOR

LAWATAN TAPAK PROJEK UNIMADANI DI PAYA BUNGOR

16 OGOS 2024 - PAYA BUNGOR
 
Satu lawatan tapak telah diadakan ke Projek UniMADANI di Paya Bungor hari ini. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Hubungan Universiti - Komuniti, En. Zainuddin Mat Husin, dan turut disertai oleh Dr. Aizudin dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP). Projek UniMADANI, yang sedang dilaksanakan di bawah seliaan Dr. Aizudin, bertujuan untuk memanfaatkan teknologi akuaponik sebagai sumber pendapatan kepada komuniti setempat. Teknologi ini menggabungkan penanaman sayur dengan penternakan ikan dalam satu sistem yang saling bergantung. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran tentang teknik pertanian moden yang mampan. 

Print   Email