TECHLYMPICS 2024 ZON TIMUR: PELAJAR SEKOLAH RENDAH BERENTAP DALAM PELBAGAI MODUL SAINS & TEKNOLOGI

TECHLYMPICS 2024 ZON TIMUR: PELAJAR SEKOLAH RENDAH BERENTAP DALAM PELBAGAI MODUL SAINS & TEKNOLOGI

7 OGOS 2024 - KOMPLEKS SUKAN UMPSA
 
Hari pertama program Techlympics 2024 Zon Timur sedang berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMPSA), Gambang. Program Techlympics 2024 Zon Timur ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik), selain memberikan pendedahan awal kepada pelajar terhadap inovasi dan teknologi terkini. Pelajar yang terlibat untuk hari pertama program adalah para pelajar sekolah rendah dari negeri-negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang telah memulakan pertandingan dengan penuh semangat, bersaing dalam pelbagai modul sains dan teknologi yang telah disediakan. Acara dimulai dengan cabaran dalam modul-modul seperti robotik, inovasi kreatif, dan teknologi dron. Para peserta juga telah diberikan ruang untuk membentangkan projek mereka di hadapan panel juri, di mana mereka mempersembahkan hasil kerja dan inovasi yang dihasilkan.
 
Selain pertandingan, program ini juga menampilkan pameran oleh beberapa institusi dan agensi kerajaan. Para pempamer ini memanfaatkan peluang untuk mempamerkan inovasi terkini dan teknologi canggih kepada peserta dan pengunjung. Pameran ini memberikan peluang kepada pelajar dan pengunjung untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar-pakar industri, sambil mempelajari tentang perkembangan terbaru dalam bidang sains dan teknologi. Ia juga menjadi platform untuk pelajar melihat aplikasi praktikal daripada ilmu yang dipelajari di sekolah.

Print   Email