ICoN's  Official Website    

Projects with Communities

Alt Text
01SELAMAT TAHUN BARU 2025

2024 telah melabuhkan tirainya dan hari ini jendela 2025 pula dibuka.

Alhamdulillah. Masih berdegup jantung mengikut irama fitrahnya.

Alhamdulillah. Masih diberi ruang dan peluang kepada azam dan cita-cita yang mungkin belum tercapai di tahun sebelumnya.

Alhamdulillah untuk segala-galanya.

#PJIMUMPSA mengucapkan selamat menjalani tahun baru 2025 dengan penuh hikmah. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa berada dalam keberuntungan.

Iaitu mereka yang selalu berbuat kebaikan, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Alt Text
02 WARGA PJIM KOMITED KE ARAH MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Seramai 10 orang staf PJIM, termasuk kumpulan pengurusan iaitu Penolong Naib Canselor, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim dan Pengarah Hubungan-Universiti Komuniti, Encik Zainuddin Bin Mat Husin telah memberikan komitmen dalam usaha melestarikan gaya hidup sihat secara berterusan.

Program ini adalah merupakan anjuran Jabatan Pendaftar UMPSA dan menyaksikan penglibatan staf daripada pelbagai jabatan untuk sama-sama mengaktifkan diri dalam acara senamrobik.

More
Alt Text
03 PRIHATIN: SERVIS MOTORSIKAL

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Automotif (AEC) dan 6 orang sukarelawan Akademi ADAB telah menganjurkan Program Prihatin 2025 – Servis Motorsikal bertempat di Foyer Kompleks Perkhidmatan Siswa, UMPSA Gambang. Program ini telah berjaya menarik kehadiran 84 orang peserta daripada pelbagai latar belakang.

More
Alt Text
04 UMPSA TUAN RUMAH MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI USAHAWAN TANI IOT PAHANG BERHAD

PEKAN, 24 Januari 2025 – Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Usahawan Tani IOT Pahang (KUTIP) Berhad yang berlangsung di Eksekutif Lounge, Perpustakaan UMPSA Pekan selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

More
Alt Text
05 PUPUK DAN MAXIS: MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DIGITAL

Gambang, 6 Februari 2025 – Satu mesyuarat rasmi telah diadakan antara Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) dan Maxis bertempat di Bilik Mesyuarat PJIM, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Gambang. Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah kategori PRIHATIN yang bertujuan untuk mengurangkan jurang pembelajaran dalam kalangan pelajar serta meningkatkan penglibatan sektor korporat dalam menyokong pendidikan negara.

More
Alt Text
06 LAWATAN SAMBIL BELAJAR MRSM ATM BERA KE UMPSA

20 FEBRUARI 2025 | GAMBANG

Seramai 110 orang pelajar Tingkatan 5 dan 8 orang guru pengiring dari MRSM ATM Bera telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar MRSM ATM Bera Ke UMPSA yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU), Blok W, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kampus Gambang. Program ini dianjurkan oleh PJIM dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Fakulti Sains & Teknologi Industri, Pusat Sains Matematik serta Pusat TVET Termaju.

Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam STEM dan HTVET. Selain itu, ia turut mempromosikan program-program pengajian di UMPSA agar pelajar ini lebih berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini di peringkat pendidikan tinggi, sekali gus menjadikan UMPSA sebagai pilihan utama mereka.

More
Alt Text
07 ALAM@UMPSA 2025

Program yang dianjurkan oleh Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Canseleri, Jabatan Pendaftar dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta ini telah berjaya mencipta kenangan bersama yang akan menjadi ingatan manis yang mengukuhkan lagi keakraban semua sesuai dengan tema program “Satu Pokok Seribu Kenangan”

More
Alt Text
08 UMPSA PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA 33 RAKAN INDUSTRI DAN KOMUNITI

10 April 2025 | UMPSA Pekan

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategiknya apabila menandatangani Memorandum

Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan 33 rakan kerjasama dari pelbagai sektor yang berlangsung di Dewan Bankuet, UMPSA Kampus Pekan.

More
Alt Text
09 UMPSA Sedia Bantu Komuniti Kuala Pahang Laksana Projek Berimpak Tinggi

PEKAN, 26 Mei 2025 – Satu mesyuarat berkaitan pembangunan komuniti di Kuala Pahang telah berlangsung di Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (SDO), disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pengerusi JKKK, Penghulu, serta Kumpulan Aduan dan Dasar Operasi (KADO) Daerah Pekan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Shazilah dari Seksyen Kesejahteraan Rakyat SDO turut membincangkan status terkini permohonan projek komuniti dalam daerah Kuala Pahang di bawah inisiatif Sejati Madani. Menurut Penghulu kawasan, terdapat dua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang masih belum mengemukakan permohonan. Namun begitu, salah satu projek yang telah diluluskan adalah projek penanaman cendawan tiram.

More
Alt Text
10 UMPSA Terima Kunjungan CEO Jonetsu Company Inc. Japan, Perkukuh Kerjasama Agrikultur Berimpak Sosial

PEKAN, 28 Mei 2025 (Rabu) – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jonetsu Company Inc., sebuah syarikat agrikultur berimpak sosial terkemuka dari Jepun. Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Encik Yoshikazu Miki, bersama Ketua Perancangan Korporat, Encik Tomonori Wakisaka.

More
Alt Text
11 UMPSA dan SK Cherok Paloh Rancang Transformasi Sekolah Kurang Murid Melalui Program Sekolah Angkat Madani

KUANTAN, 28 Mei 2025 – Lawatan rasmi ke Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh (SKECH) telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Sekolah Angkat Madani (SAM), dengan tumpuan utama kepada pembangunan murid melalui integrasi teknologi digital dan pemerkasaan pendidikan STEM.

Perbincangan yang berlangsung di SKECH dihadiri oleh Guru Besar, Encik Borhanuddin, bersama Encik Rashid (Guru Penolong Kanan 1) serta Pengarah dan pegawai dari Pusat Hubungan Komuniti, UMPSA.

More
Alt Text
12 UMPSA Rancang Transformasi Kampung Orang Asli Melalui Program Kampung Angkat Madani

KUANTAN, 10 Jun 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merancang pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat Madani (KAM) di Kampung Orang Asli Chenan Cherah Baru, Cameron Highlands, dengan fokus utama kepada pembangunan menyeluruh kampung berkenaan.

Satu lawatan kerja telah diadakan ke kampung tersebut bagi merangka pelan pelaksanaan program. Lawatan ini melibatkan perbincangan bersama komuniti setempat serta penilaian terhadap potensi dan keperluan kampung bagi memastikan pelaksanaan program yang berimpak tinggi.

More
Alt Text
13 Kolaborasi Strategik UMPSA dan Agensi Kerajaan Perkasa Kampung Orang Asli Chenan Cherah

CAMERON HIGHLANDS, 11 Jun 2025 – Susulan lawatan ke Kampung Orang Asli Chenan Cherah Baru baru-baru ini, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat Madani (KAM) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan mampan kampung tersebut bersama agensi-agensi berkaitan di Cameron Highlands.

More
Alt Text
14 Lawatan Tapak Projek Cendawan Tiram di Mukim Kuala Serau Perkukuh Usaha Pembangunan Komuniti

KUALA SERAU, 16 Jun 2025 – Satu lawatan tapak telah dijalankan bagi projek tanaman cendawan tiram di Mukim Kuala Serau bagi menilai potensi dan perkembangan inisiatif pertanian komuniti yang sedang dibangunkan.

Lawatan ini melibatkan penyelarasan antara wakil dari Pusat Hubungan Komuniti Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah serta komuniti setempat bagi melihat sendiri kemudahan sedia ada, fasa pelaksanaan projek, serta keperluan sokongan teknikal dan latihan yang boleh diberikan.

More
Alt Text

15 Projek Fertigasi UNIMADANI 2024

15 Projek Fertigasi UNIMADANI 2024

Projek Fertigasi Menjana Ekonomi yang dilaksanakan di Madrasah Darul Uloom, Sungai Salan, Jerantut di bawah inisiatif UNIMADANI 2024 terus mencatat pencapaian positif apabila berjaya menghasilkan hampir 4 tan tuaian timun dengan nilai pendapatan mencecah RM8,000 dalam tempoh tujuh hari..

More
Alt Text
16 UMPSA dan Rumah Penyayang Tun Abdul Razak Meterai MoU, Laksana Program Komuniti Berintegrasi Berasaskan TVET

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Rumah Penyayang Tun Abdul Razak dalam satu majlis yang turut menyaksikan peluncuran Program Komuniti Berintegrasi bertempat di Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pekan.

Majlis menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Datuk Shahlan Ismail, mewakili pihak Rumah Penyayang Tun Abdul Razak.

More
Alt Text
17 SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN GERAN SEJATI MADANI @ KPT BERSAMA JPKK FELDA BUKIT KUANTAN

Satu sesi perbincangan pelaksanaan projek geran Sejati MADANI @ KPT telah diadakan bersama JPKK Felda Bukit Kuantan di Pejabat JPKK, dipengerusikan oleh Tok 4 Bakar Rudin bin Daud.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program Pendayaan Komuniti melalui Inisiatif Tanaman Cendawan Tiram yang disokong oleh Teknologi Internet Benda (IoT), bertujuan memperkasakan komuniti luar bandar secara mampan.

More
Alt Text
18 KUNJUNGAN HORMAT UMPSA KE KEM ATM KUANTAN

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Rejimen Pertama Kor Armor DiRaja (KAD 1), Kem ATM Kuantan sebagai kesinambungan pelantikan rasmi universiti bagi melaksanakan program pembangunan komuniti tertumpu di kem-kem ATM di Kuantan dan Muadzam Shah.

More
Alt Text
19 KUNJUNGAN HORMAT SK CHEROK PALOH KE UMPSA BERSAMA JPN DAN PPD

UMPSA telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh bersama wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan PPD Kuantan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).

Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan inisiatif Sekolah Angkat MADANI, termasuk penilaian kertas kerja, aspek kewangan serta lawatan ke makmal FTKMA bagi mengenal pasti teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah.

More
Alt Text
20 MENYERTAI PROGRAM ZIARAH DAN SANTUNI ORANG KITA BERSAMA ROMBONGAN SENATOR DEWAN NEGARA KE POS TELANOK, CAMERON

Pusat Hubungan Komuniti (PHK), Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (Jaringan Industri & Masyarakat) UMPSA telah menyertai program “Ziarah dan Santuni Orang Kita bersama Rombongan Senator Dewan Negara” ke Kampung Orang Asli Telip, Pos Telanok, Cameron Highlands.

Program ini bertujuan untuk menyantuni masyarakat Orang Asli setempat serta menyampaikan mesej keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan komuniti Orang Asli. Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama erat daripada Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli Pahang (PePIMA) melalui Persatuan Qiadah Petama Pahang (PQPP) sebagai rakan strategik di peringkat akar umbi.

More

Let’s Talk About a Project?

Providers because the term respiratory rate (RR) is a well-established term in health care even though consistently replaced with ventilation rate.
Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link