BIG CLEANING DAY EKSA DENGAN PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN PJIM

BIG CLEANING DAY EKSA DENGAN PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN PJIM

19 APRIL 2024 - PJIM, UMPSA
 
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat telah mengadakan gotong-royong secara menyeluruh (Big Cleaning Day) yang melibatkan semua kakitangan PJIM. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha kolektif yang menarik untuk memulihkan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja. Antara aktiviti yang dilakukan adalah proses kitar semula barang-barang yang tidak lagi digunakan.
 
Dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran dan menyokong amalan mesra alam, bahan kitar semula telah dikumpul mengikut kategori yang telah ditetapkan, seperti plastik, kertas, dan aluminium. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban pencemaran alam, tetapi juga membina kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar. Aktiviti ini juga menjadi salah satu inisiatif OSHMO dalam meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara keseluruhan, aktiviti ini dapat memastikan bahawa kesedaran keselamatan tidak hanya menjadi tugas individu, tetapi juga budaya organisasi yang ditanam secara menyeluruh.

Print   Email