PROGRAM ALAM@UMP KERJASAMA DENGAN NEXT GREEN PULP & PAPER SDN. BHD.
1 Jun 2023 | Tasik Chini Pekan
Program ini telah disertai oleh seramai 27 orang Sukarelawan Kilau, 14 orang sukarelawan dari Next Green Pulp & Paper Sdn. Bhd.(NGPP), Pekan serta 22 orang dari Jabatan Perhutanan.
Program Alam @ UMP adalah satu inisiatif memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar bersama komuniti setempat.
Inisiatif ini merupakan kerjasama antara UMP, agensi kerajaan serta sektor swasta dalam menjayakan penanaman pokok serta penghutanan semula sepanjang tahun 2022 - 2025.
Sebanyak 150 unit anak pokok dari jenis Merbau, Kembang Semangkuk, Menkulang Siku Keluang dan Kulim telah dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan pada kali ini. Program ini turut disertai oleh Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat, Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin.