UMPSA ICoN     

Official Website    

Lawatan kerja di Malaysian Engineering Community (MEC) - Jerman

Jerman, 30 Mei 2022 - UMP dan Yayasan UMP metrai perjanjian bersama Malaysian Engineering Community (MEC) - Jerman bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan

menerusi pelaksanaan German Industry Employability Programme (GIEP) yang bakal memanfaatkan pelajar bagi penempatan kerjaya di Jerman.

Hadir dalam program yang berlangsung di pejabat MIDA Munich, Jerman adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin dan Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Profesor Madya Saiful Anwar Che Ghani.
Turut sama Pengarah Pusat usahasama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab manakala MEC diwakili Timbalan Presiden, Izzarshah Khan Nazir Khan dan turut serta adalah Pengarah MIDA Munich, Wan Farulnizam Wan Mohd Faizul.
Program anjuran MIDA ini adalah sebahagian program dalam rangka lawatan kerja delegasi UMP ke Jerman bagi memperkasa agenda pengantarabangsaan graduan dan kolaborasi universiti Industri.
Image
Image
Image
— Contact
Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link