Previous Next

Majlis Pertukaran MoA di antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Airestech Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 10 Mac 2022 - Satu majlis pertukaran MOA di antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama rakan industri Airestech Sdn Bhd telah diadakan pada Khamis , 10 Mac 2022 bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

MOA berkenaan adalah melibatkan geran industri penyelidikan pensyarah UMP – Dr. Ahmad Najmuddin Ibrahim (FTKPM) bagi Geran Padanan Industri bertajuk Development of Autonomous Mobile Robot for Optimum HVAC Cleaning iaitu penyelidikan berkenaan pembangunan sistem robotik untuk pembersihan saluran udara tanpa kawalan operator, yang berupaya menggantikan tenaga buruh dan meningkatkan keberkesanan pembersihan.

UMP di wakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi , Prof. Dr. Kamal Zuhairi Zamli manakala Airestech Sdn. Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, William Rodney Yeo. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Penolong Naib Canselor Jabatan Kolaborasi Industri & Masyarakat (JKIM), Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin.
Majlis MOA anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersempena dengan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2021 - Malaysia Commercialisation Year (MCY) Summit 2021 yang dirasmikan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, YB Dato Sri Dr. Adham Baba, adalah berperanan sebagai platform melonjakkan aktiviti pengkomersialan produk/teknologi dan perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang dibiayai kerajaan melalui pelbagai inisiatif, intervensi dan fasilitasi.
Dengan termeterinya kerjasama di antara UMP dan Airestech Sdn. Bhd. ini akan terus mengembangkan lagi kepakaran para penyelidik UMP dan seterusnya meningkatkan jaringan kerjasama dalam pelbagai bidang yang disepakati bersama.

Print   Email