MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROGRAM DPUB2020 'IOT BASED SMART FARMING SYSTEM'
23 FEBRUARI 2024 - TERAJU, PUTRAYAJA
Telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program DPUB2020 bertemakan 'IoT Based Smart Farming System' di Pejabat Persekutuan - TERAJU, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Junady Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, yang mempamerkan komitmen dan sokongan agensi tersebut terhadap pembangunan projek inovatif di bidang pertanian pintar. Turut hadir adalah Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim, Penolong Naib Canselor, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA dan turut hadir Pengarah Bahagian Komuniti PJIM, En Zainuddin Bin Mat Husin serta pasukan projek yang terlibat dalam pembangunan 'IoT Based Smart Farming System'.
Dalam mesyuarat ini, telah dibincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan kemajuan projek, cabaran-cabaran yang dihadapi, serta langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi dan keberkesanan sistem pertanian pintar berdasarkan teknologi IoT (Internet of Things). Prof. Ts. Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim, dalam ulasannya, menyatakan bahawa projek ini merupakan satu langkah penting dalam menerajui inovasi dalam sektor pertanian negara. Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama rapat antara semua pihak terlibat bagi memastikan kejayaan dan impak yang positif terhadap industri pertanian.
Selain itu, ahli mesyuarat turut memberi penumpuan kepada aspek pembangunan modal insan dalam bidang teknologi pertanian, serta perlunya penyelarasan antara keperluan industri dengan kemampuan akademik dalam menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dalam bidang ini. Diharapkan, melalui mesyuarat ini, akan terhasil pelan tindakan yang mantap bagi mempercepatkan pembangunan dan pelaksanaan 'IoT Based Smart Farming System' demi meningkatkan produktiviti daalam sektor pertanian negara.