PENDAFTARAN KOPERASI DAN PENYIAPAN KERTAS KERJA PENARAFAN PERUSAHAAN SOSIAL ASAS

PENDAFTARAN KOPERASI DAN PENYIAPAN KERTAS KERJA PENARAFAN PERUSAHAAN SOSIAL ASAS

21 OGOS 2024 - KG LADA JERANTUT

Dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai perusahaan sosial, Koperasi Tunas Lada Jerantut sedang dalam proses pendaftaran bagi mendapatkan penarafan perusahaan sosial asas daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Langkah ini adalah selaras dengan matlamat koperasi untuk mengukuhkan sokongan terhadap aktiviti keusahawanan sosial, khususnya dalam projek BMT.

Selain dari urusan Dana Inovasi Sosial, pihak UMPSA turut menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan Koperasi UMP Berhad untuk memasarkan produk kerepek pisang, yang merupakan hasil projek BMT. Produk ini dijangka dapat dipasarkan secara meluas melalui jaringan jualan koperasi, sekali gus meningkatkan pendapatan para usahawan yang terlibat. Proses ini juga merupakan sebahagian daripada usaha strategik Koperasi UMPSA Berhad dalam memperluaskan aktiviti keusahawanan dan memperkasakan masyarakat melalui inisiatif-inisiatif sosial yang berimpak tinggi.


Print   Email