PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI PERTAK: SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA

PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI PERTAK: SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA

8 MEI 2024 - PERTAK , KUALA KUBU BHARU
 
Program Profesor Turun Padang telah berjaya diadakan di Kampung Pertak yang mana aktiviti utama bagi program ini adalah khidmat servis motosikal secara percuma kepada penduduk setempat. Antara servis yang disediakan adalah khidmat penukaran minyak enjin, pemeriksaan brek, dan pelarasan rantai. Aktiviti ini diketuai oleh En. Mohamad Ilzam Bin Jamat, Eksekutif Kanan Bahagian Universiti Komuniti, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat serta staff & pelajar sukarelawan UMPSA. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada komuniti sambil memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Penduduk kampung menyambut baik program ini dan inisiatif seperti ini dilihat dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat melalui kerjasama yang praktikal dan berkesan.

Print   Email