UMP Memeterai Kerjasama dengan PKT Logistics Group Sdn. Bhd.
8 September 2020 - Berlangsung hari ini majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UMP dan PKT Logistics Group Sdn Bhd yang memberi peluang kedua-dua pihak merangka pembangunan akademik, penyelidikan, latihan industri, program keusahawanan dan penajaan.
Majlis menyaksikan UMP diwakili Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ts. Dr Mohd Rosli Hainin. Manakala pihak PKT Logistics Group Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ (Dr.) Michael Tio dan Pengarah Teknikal, Balakrishnan Muthukaruppan.
Hadir menyaksikan majlis Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Sri Norolazali Sulaiman dan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat Kementerian Pengajian Tinggi, Mohd Sharil Abdullah yang juga ahli Lembaga Pengarah UMP.
Kredit : Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor