AXIATA DIGITAL LEADERS PROGRAMME FOR GIRLS 2024

AXIATA DIGITAL LEADERS PROGRAMME FOR GIRLS 2024

3-9 MEI 2024 - TENERA HOTEL BANGI & BANGUNAN CELCOMDIGI
 
Sejumlah 8 pelajar wanita dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mewakili universiti dalam Program Axiata Digital Leadership Program For Girls yang dianjurkan oleh Yayasan Axiata di Hotel Tenera, Bangi. Program ini melibatkan penyertaan sebanyak 72 pelajar wanita dari 9 Universiti Awam di seluruh negara. Program ini bertujuan untuk membangunkan para profesional pada masa hadapan yang siap sedia menghadapi cabaran era digital. Semua peserta yang terpilih adalah pelajar universiti awam berusia antara 19 hingga 25 tahun. Mereka dilengkapi dengan pelbagai kemahiran teknikal dan digital yang menjadikan mereka sangat berdaya saing dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki seperti IT, kejuruteraan, dan teknologi.
 
Program ini merangkumi aspek teori dan praktikal, termasuklah sesi perkongsian pengetahuan industri dan pembelajaran praktikal melalui bengkel interaktif serta latihan kepimpinan. Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk memberikan pengalaman 'hands-on' dan memperkukuh kemahiran kepimpinan peserta. Dengan penyertaan dalam program ini, UMPSA akan terus komited dalam usaha melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan, sejajar dengan perkembangan pesat teknologi digital.

Print   Email