TAKLIMAT CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI PESERTA FERTIGASI BERPANDU IOT TERAJU-UMPSA.

TAKLIMAT CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI PESERTA FERTIGASI BERPANDU IOT TERAJU-UMPSA.

14 MEI 2024 - PERPUSTAKAAN UMPSA PEKAN
 
PJIM sekali lagi mengorak langkah baru bersama komuniti setempat. Kali ini dengan mengadakan satu sesi taklimat penubuhan penubuhan koperasi di kalangan peserta fertigasi tanaman sayur berbantu teknologi IOT. Program tanaman sayur fertigasi berbantu teknologi IOT melibatkan peserta seramai 45 orang dari daerah Kuantan, Pekan, Bera dan Temerloh. Mereka terdiri daripada masyarakat asnaf yang terpilih melalui program kerjasama TERAJU-UMPSA. Di antara jenis tanaman sayur yang diusahakan trmasuklah cili, terung dan timun. Pada sesi taklimat ini seramai 15 orang peserta telah hadir. Di dalam sesi peserta diberi pendedahan tentang kaedah penubuhan, strategi dan pengurusan koperasi oleh Pn. Shahirah Mohamad, Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Pahang.
 
Diakhir program, peserta terlibat telah menyatakan persetujuan asas untuk membentuk sebuah jawatankuasa penaja bagi tujuan penubuhan sebuah koperasi berasaskan pertanian fertigasi. Hadir sama dalam program ini, Pengarah Bahagian Hubungan Universiti-Komuniti, PJIM, En Zainuddin Mat Husin, Pengerusi Koperasi UMPSA, Dr. Imaduddin Zainal Abidin, Ketua Projek Fertigasi IOT TERAJU-UMPSA Industri, Dr. Nurul Asyhikin Abd Aziz.

Print   Email