BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA DANA PENYELIDIKAN TAHUN 2024
26 MAC 2024 - SWISS-BELHOTEL, KUANTAN
Pusat Penyelidikan & Inovasi (PNI) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Dana Penyelidikan bagi tahun 2024. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran peserta dalam penyediaan kertas kerja yang berkualiti bagi tujuan memohon dana penyelidikan.
Antara peserta yang terlibat dalam bengkel ini termasuklah:
1. Profesor IR Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Industri.
2. En. Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Komuniti.
Juga Turut serta dalam bengkel ini adalah pegawai-pegawai dari Bahagian Komuniti-Industri, iaitu En. Mohammad Ilzam Bin Jamat dan Cik Jasmira Binti Abdul Jalil. Bengkel ini dianggap sebagai platform yang untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan praktik terbaik dalam kalangan Pusat jaringan Industri & Masyarakat (PJIM), dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti penyediaan kertas kerja dalam bidang penyelidikan.