MESYUARAT PENYELARASAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) NEGERI PAHANG.

MESYUARAT PENYELARASAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) NEGERI PAHANG.

26 MAC 2024 - WISMA SRI PAHANG
 
Satu mesyuarat penyelarasan inisiatif penadapatan rakyat (IPR) telah diadakan di Wisma Sri Pahang, Kuantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Halizah binti Osman, Ketua Pen. Setiausaha Kanan (Makro) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri. Turut hadir adalah Puan Zawati Yusrah binti Zainuddin, Timbalan Pengarah 1 Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli Kementerian Ekonomi, serta wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan. Turut hadir 21 orang Pegawai Lapangan IPR Daerah, En Zainuddin bin Mat Hussin, Pengarah Bahagian Komuniti PJIM UMPSA, Dr. Khairunnisa bt Abd Aziz, Pensyarah Kanan UMPSA, dan Nurul Hasipah binti Mohd Rofi, Eksekutif Pentadbiran.
 
Pelbagai isu yang telah dibentangkan dalam mesyuarat ini antaranya laporan kemajuan IPR-BMT fasa 1 dan fasa 2 negeri Pahang yang mana telah dibentangkan oleh setiap pegawai lapangan daerah yang terlibat. Laporan ini merangkumi perkembangan projek dan hasil dapatan dari projek yang telah dilaksanakan di pelbagai daerah untuk fasa 1 dan fasa 2. Selain itu, laporan kewangan IPR-BMT fasa 1 telah disemak, yang mana peruntukan telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.
 
Semua pihak yang terlibat telah diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan dan juga status terkini pendaftaran IPR-IKHSAN dan IPR-INSAN turut dibincangkan. Seramai 11 orang telah mendaftar untuk IPR-IKHSAN di negeri Pahang, sementara projek IPR-INSAN telah dimulakan dengan penempatan mesin layan diri (vending machine) di beberapa lokasi strategik seperti Pekan dan Lipis. Pegawai lapangan sedang memantau peserta-peserta ini bagi memastikan keberkesanan program. Hal-hal lain yang melibatkan pertukaran projek baru dan pertukaran peserta juga diperbincangkan. Pertukaran ini dilakukan disebabkan oleh kawasan yang tidak sesuai atau peserta lama yang menarik diri dari program.

Print   Email