ICoN's  Official Website    

MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI UMPSA 2025

MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI UMPSA 2025

Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI UMPSA 2025 telah diadakan di Kampung Orang Asli Chenan Cherah Baru, Cameron Highlands pada 7 Februari 2026 (Sabtu) bermula pada pukul 10.00 pagi.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Rusdyfasla Bin Hj. Mujid, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands di mana kawasan atau lokasi kampung berkenaan adalah terletak di dalam daerah Cameron Highlands, Pahang.
 
UMPSA diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Aida Binti Mustapha, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan diringi oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Kanan, Jaringan Industri & Masyarakat dan Dr. Daing Mohamad Nafiz Bin Daing Idris, Pengarah, Pusat Hubungan Komuniti.
 
Program Kampung Angkat MADANI (KAM) UMPSA 2025 adalah inisiatif Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan ICU, Jabatan Perdana Menteri yang menyokong agenda Malaysia MADANI dengan fokus kepada pemerkasaan komuniti luar bandar melalui penglibatan universiti–masyarakat.
 
Inisiatif Kampung Angkat MADANI UMPSA di Kampung Orang Asli Chenan Cherah Baru telah dimulakan sejak tahun lepas dengan aktiviti pre-assessment komunikasi Bahasa Inggeris, bancian penduduk, aktiviti keceriaan kawasan inap desa, taklimat kursus hospitaliti dan kulinari serta perbincangan berkenaan pembinaan dewan aktiviti masyarakat yang dijalankan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.
 
Aktiviti pre-assessment bagi mengenalpasti tahap pemahaman dan kebolehan komunikasi bahasa inggeris diketuai Encik Yusmin Bin Jaffar dibantu oleh Puan Rozana Sahadan dan Cik Nur Ain Zakiah daripada Pusat Hubungan Komuniti, Jabatan Penyelidikan & Inovasi melibatkan seramai 20 orang penduduk yang terdiri daripada 10 orang malim gunung dan 10 orang pengusaha inap desa.
 
Sesi bancian dan kutipan data bagi semua penduduk berjumlah 11 buah rumah induk diketuai oleh Dr Norhaliza binti Wahab daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam dibantu oleh lima orang sukarelawan pasca siswazah UMPSA. Kutipan data demografik bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian penduduk sebagai peserta bagi siri latihan TVET dalam inisiatif KAM yang juga termasuk kursus perlesenan motorsikal dan lain-lain.
 
Impak ketara bagi program ini adalah pembinaan jalan bagi pejalan kaki untuk penduduk kampung yang sebelum ini terpaksa menyelusuri denai jalan yang mencabar dan sukar terutamanya pada waktu musim hujan lebat.
 
Juga turut disediakan adalah kemudahan perpustakaan bagi membolehkan penduduk kampung menimba ilmu melalui khimat peminjaman buku dan kaedah pembelajaran yang interaktif terutamanya bagi penggunaan internet.
 
Di samping itu juga adalah kemudahan tenaga elektrik melalui penggunaan tenaga solar yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pembinaan dewan orang ramai bagi membolehkan penduduk menjalankan aktiviti dengan lancar dan berkesan.
 
Turut hadir dalam majlis ini adalah Dekan Pusat Sains Matematik, Pengurus Besar JPI dan Pengurus Kanan JIM.
Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link