KEMBARA KOMUNITI BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI CHENAN CHERAH BARU
PJIM UMPSA telah melaksanakan Program Kembara Komuniti bersama Komuniti Orang Asli Chenan Cherah Baru sebagai sebahagian dari inisiatif Kampung Angkat Madani UMPSA. Program ini dijalankan dengan kerjasama Bioeconomy Corporation bersama anak syarikatnya, NFA Technologies Sdn. Bhd. dan Bioekar.
Program memberi tumpuan kepada tiga modul utama melibatkan kesedaran kesihatan, kesejahteraan komuniti dan amalan gaya hidup sihat. Pendekatan yang digunakan bersifat praktikal serta mudah diaplikasikan oleh penduduk kampung.
Penglibatan rakan kerjasama dalam program ini mencerminkan komitmen industri dalam memperkukuh pembangunan teknologi bio yang berpotensi dimanfaatkan secara langsung oleh komuniti luar bandar.
Melalui platform ini, mereka dapat menyerlahkan kepakaran dan inovasi yang dibawa oleh pihak industri, sekali gus memperkukuh hubungan antara sektor swasta dan masyarakat serta membuka ruang kepada pemindahan ilmu dan teknologi secara lebih meluas selaras dengan aspirasi Malaysia Madani serta usaha UMPSA dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar melalui pendekatan yang inklusif dan berimpak tinggi.
PJIM merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan berharap program ini terus memberi manfaat berterusan kepada komuniti Orang Asli Chenan Cherah Baru.
