SCITECH4U STEM CAMP MOSTI 2025 PEMEKAR-SK CHEROK PALOH
Program SCITECH4U STEM CAMP MOSTI 2025 telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pemupukan dan Pemerkasaan Rakyat (PEMEKAR) dengan kerjasama UMPSA di SK Cherok Paloh, Kuantan dengan penyertaan seramai 183 pelajar sekolah rendah yang aktif dan bersemangat. Program ini dijalankan bersempena dengan Projek Sekolah Angkat Madani UMPSA 2025 dimana penglibatan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam program seperti ini diharapkan dapat mengeratkan kerjasama pelbagai pihak dalam membantu memupuk dan memperkasakan minat murid sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya:
✦ Pocket Talk mengenai Aeroangkasa, Dron dan Roket
✦ Demonstrasi Racing Dron, pelancaran roket dan demonstrasi dron
✦ Pendedahan asas teknologi penerbangan dan kawalan dron secara praktikal kepada pelajar
Dalam ucapan aluannya, Encik Muhammad Rashid bin Omar, GPK SK Cherok Paloh mengucapkan terima kasih kepada MOSTI, PEMEKAR dan UMPSA dalam menjayakan program ini. Presiden PEMEKAR, yang juga Mantan Naib Canselor UMPSA, Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim dalam ucapannnya berharap lebih banyak program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa depan di SK Cherok Paloh.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan MOSTI, PEMEKAR dan UMPSA dalam memperkukuh literasi STEM dalam kalangan generasi muda, khususnya di kawasan luar bandar. Melalui pendedahan ini, diharapkan para pelajar mendapat inspirasi untuk meneroka bidang teknologi dan aeroangkasa pada masa hadapan.
