KUNJUNGAN HORMAT UMPSA KE KEM ATM KUANTAN
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Rejimen Pertama Kor Armor DiRaja (KAD 1), Kem ATM Kuantan sebagai kesinambungan pelantikan rasmi universiti bagi melaksanakan program pembangunan komuniti tertumpu di kem-kem ATM di Kuantan dan Muadzam Shah.
Delegasi UMPSA diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Aida binti Mustapha, bersama wakil dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA), Pusat Pembangunan Pengurusan Harta, dan Pusat Hubungan Komuniti.
Perbincangan memberi fokus kepada pelaksanaan program pembangunan komuniti dalam kem melalui pendekatan pendidikan, teknologi dan kemasyarakatan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
