KUNJUNGAN HORMAT SK CHEROK PALOH KE UMPSA BERSAMA JPN DAN PPD
UMPSA telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh bersama wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan PPD Kuantan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).
Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan inisiatif Sekolah Angkat MADANI, termasuk penilaian kertas kerja, aspek kewangan serta lawatan ke makmal FTKMA bagi mengenal pasti teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah.
Antara yang hadir ialah Encik Hairunizam bin Hussein (JPN), Encik Mohd Asri bin Mohd Yusof (PPD), Encik Borhanuddin bin Aziz (Guru Besar SK Cherok Paloh) bersama guru-guru pengiring.
Sesi ini membuka peluang kerjasama dalam bidang STEM dan menyokong aspirasi pendidikan MADANI melalui jalinan strategik antara UMPSA dan sekolah rendah.
