ICoN's  Official Website    

SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN GERAN SEJATI MADANI @ KPT BERSAMA JPKK FELDA BUKIT KUANTAN

SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN GERAN SEJATI MADANI @ KPT BERSAMA JPKK FELDA BUKIT KUANTAN

Satu sesi perbincangan pelaksanaan projek geran Sejati MADANI @ KPT telah diadakan bersama JPKK Felda Bukit Kuantan di Pejabat JPKK, dipengerusikan oleh Tok 4 Bakar Rudin bin Daud.
 
Perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program Pendayaan Komuniti melalui Inisiatif Tanaman Cendawan Tiram yang disokong oleh Teknologi Internet Benda (IoT), bertujuan memperkasakan komuniti luar bandar secara mampan.
 
UMPSA diwakili oleh Dr. Nur Huda binti Ramlan, selaku ketua projek merangkap pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, bersama barisan pensyarah dari fakulti lain iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif dan Fakulti Komputeran. Turut hadir, wakil industri dari Ada Fresh Farm, Puan Rasyada A. Rahman @ Rahim, serta wakil komuniti, Puan Nurul.
 
Sesi ini menjadi platform penting dalam menyelaras kerjasama antara universiti, industri dan komuniti setempat demi menjayakan agenda Malaysia MADANI.
Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link