LAWATAN ALLIANCE STEEL (M) SDN. BHD. KE UMPSA

LAWATAN ALLIANCE STEEL (M) SDN. BHD. KE UMPSA

24 JULAI 2024, RABU - UMPSA KAMPUS PEKAN
Pada 24 Julai 2024, delegasi daripada Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) Kampus Pekan. Kunjungan ini disambut mesra oleh UMPSA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pusat Kecemerlangan) Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Ahmad Syahrizan bin Sulaiman. UMPSA berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan pihak Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. khususnya dalam membekalkan tenaga kerja dari bakal graduan UMPSA, kolaborasi industri dan lain-lain kerjasama yang berkaitan. Sesi perbincangan turut dilanjutkan dengan lawatan ke Materials lab dan Metal casting lab.
Delegasi Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. terdiri daripada Mr. Zheng Zhijian, Production Department Deputy Director, Miss Deng Zhaoqiong, Mechanics Experiment Officer & Products Certification Technician, Mr. Huang Wei Wen, Product Certification Leader, Mr. Huang Zhilin, Business Management Department Director Assistant dan Miss Thooi Man Ping, Training Specialist in Business Management Department. Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak, membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang akademik dan industri, serta meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan modal insan.

Print   Email