PERBINCANGAN BERSAMA AHLI LEMBAGA KOPERASI TUNAS LADA JERANTUT
1 OGOS 2024 - JERANTUT
Perjumpaan bersama Ahli Lembaga Koperasi Tunas Lada Jerantut bagi perbincangan kolaborasi Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial KPT di Restoran Warisan Putih, Jerantut. Dihadiri Pengerusi Koperasi (Tok Empat Kg Lada), Bendahari, dan Setiausaha Koperasi. PJIM bersama dengan Ketua Program BMT dan Ketua Program Teraju membentangkan cadangan projek ekosistem pertanian fertigasi para peria katak dan penghasilan produk hiliran kerepek peria katak.
Koperasi Tunas Lada menyambut baik cadangan projek yang diutarakan dan seterusnya menyerahkan Letter of Intent bagi kerjasama bersama penyelidik. Perbincangan yang bermula jam 9.00 malam berakhir kira-kira 11.30 malam dan lawatan tapak dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat ke tapak cadangan projek. Antara yang dibincangkan juga adalah program intervensi projek BMT. Program intervensi yang dicadangkan antaranya adalah pemerkasaan KIR dalam aspek keusahawanan melalui program pembangunan modal insan dan cadangan kolaborasi Koperasi bagi memohon pelaksanaan Inisiatif Intan di Kg Lada. Koperasi bersetuju untuk menyediakan tapak program INTAN seluas 10 ekar serta senarai KIR yang layak dan menyatakan hasrat bekerjasama dengan UMPSA bagi tujuan permohonan dan pelaksanaan