LAWATAN UMPSA KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD.

LAWATAN UMPSA KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD.

28 MEI 2024 - SKSBUS, PUCHONG, SELANGOR
 
Pada 28 Mei 2024, delegasi daripada Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) telah mengadakan kunjungan hormat ke SKSBus, Puchong, Selangor. Kunjungan ini disambut mesra oleh pasukan SKSBus yang diketuai oleh Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Encik Afzan bin Abd Rahim. UMPSA berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan pihak SKSBus Capital Sdn. Bhd khususnya dalam bidang "Teknologi Kenderaan Elektrik". Kerjasama ini akan merangkumi Latihan Amali berstruktur (structured internship), kebolehpasaran bakal graduan UMPSA ke SKSBus dan program kompetensi kepada pelajar yang berkaitan dengan operasi SKSBus, kolaborasi penyelidikan dalam bidang kenderaan elektrik dan projek penyelidikan kenderaan autonomi, kolaborasi industri dan Chair Professorship.
 
Delegasi UMPSA terdiri daripada Prof. Chm. Dr. Chong Kwok Feng, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan (JP&I), Prof. Dr. Rizalman bin Mamat, Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif, Prof. Ir. Dr Mohd Faizal bin Jamlos, Felo Penyelidik Utama, Pusat Kejuruteraan Automotif - Pusat Automotif (COE), Prof. Madya Dr. Abdul Adam bin Abdullah dan Cik Jasmira binti Abdul Jalil, Eksekutif, PJIM. Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak, membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang akademik dan industri, serta meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan modal insan dalam sektor kenderaan elektrik.

Print   Email