UMPSA JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN RAKAN INDUSTRI MELALUI MOU DAN MOA

UMPSA JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN RAKAN INDUSTRI MELALUI MOU DAN MOA

15 JULAI 2024 - HOTEL GRAND DARUL MAKMUR, KUANTAN

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) serta Memorandum Perjanjian (MoA) di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Antara yang hadir ialah Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMPSA, Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dato' Zainudin bin Othman, Bendahari / Ketua Pegawai Kewangan UMPSA, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA, Encik Gunasegaran Krishnan, Chief Executive Officer Trinovik Labs, Puan Zaharah binti Zainudin, Managing Director AKIE Group Sdn. Bhd, dan Dr. Wendy Lee, Director BrandImage International Institute (BII).

Panel yang terlibat dalam sesi perbincangan meja bulat tersebut termasuklah YH. Dato’ Shahrul Nizam Abdul Aziz, Group Chief Executive Officer dari Tanah Makmur Berhad, Ts. Basheer Ali Majeed, Chief Executive Officer dari Abyres Enterprise Technologies Sdn. Bhd., dan Professor Ir. Dr. Mohd Faizal bin Jamlos, Felo Penyelidik Utama Pusat Kejuruteraan Automotif dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UMPSA. Objektif sesi perbincangan meja bulat ini adalah untuk mewujudkan rangkaian kerjasama yang kukuh antara universiti dan rakan industri dalam bidang yang dipersetujui bersama.

Di samping itu, kerjasama berasaskan Work-Based Learning (WBL) antara universiti dan industri akan diperluas. Melalui program ini, universiti berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam menyelesaikan masalah sebenar industri, yang seterusnya akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak. Majlis ini turut menyaksikan penyerahan surat lantikan Profesor Adjung (CEO @ Faculty Program) kepada 9 orang profesor yang mewakili setiap fakulti. Selain itu, 29 industri telah terlibat dalam pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) yang bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan, dan khidmat masyarakat. Harapan UMPSA agar majlis ini dapat meningkatkan sinergi antara UMPSA dan industri, sekaligus memperkasakan pembangunan modal insan melalui inisiatif seperti Work-Based Learning (WBL) dan penglibatan dalam pelbagai projek penyelidikan dan inovasi. 


Print   Email