MAJLIS MENANDATANGANI & PERTUKARAN MOU ANTARA UMPSA DAN UIM

MAJLIS MENANDATANGANI & PERTUKARAN MOU ANTARA UMPSA DAN UIM

7 MAC 2024 - UNIVERSITAS ISLAM MULIA, JOGJAKARTA
 
Delegasi dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, yang diketuai oleh Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, dan Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Hubungan Bahagian Industri telah menghadiri dua sesi penting di Universitas Islam Yogyakarta (UIM) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti. Sesi yang pertama ialah sesi perkongsian berkenaan “Teaching & Supervision Skills” yang mana kedua-dua profesor telah memberikan penerangan dan bimbingan kepada pensyarah UIM tentang kemahiran pengajaran dan pengawasan yang penting dalam bidang pendidikan. Ini merupakan usaha universiti untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan sumber manusia dalam komuniti tempatan dan global.
 
Selain itu, telah dijalankan lawatan sekitar universiti untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kebudayaan dan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh UIM. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk bertemu dengan staf akademik dan pelajar tempatan, serta memperluas rangkaian hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan. Dalam Majlis Menandatangani & Pertukaran MoU, tindakan menandatangani memorandum persefahaman antara UMPSA dan UIM menunjukkan komitmen universiti dalam menjalin hubungan strategik. Langkah-langkah ini juga merupakan sebahagian daripada strategi CSR universiti dalam mempromosikan kolaborasi kepada masyarakat secara meluas. Ini jelas mencerminkan kesungguhan universiti dalam memainkan peranan aktif untuk membangunkan sesebuah komuniti dan mencipta peluang pembelajaran, serta meningkatkan kelestarian sosial dan ekonomi

Print   Email