UMPSA MEMILIH SEKOLAH ALAM NURUL ISLAM YOGYAKARTA UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN STEM

UMPSA MEMILIH SEKOLAH ALAM NURUL ISLAM YOGYAKARTA UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN STEM

8 MAC 2024 - SEKOLAH ALAM NURUL ISLAM JOGJAKARTA
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah memilih Sekolah Alam Nurul Islam Yogyakarta sebagai lokasi untuk menjalankan program pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Program ini diadakan untuk pelajar menengah atas dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
 
Program pertama, yang dikendalikan oleh Dr. Abdul Nasir Bin Abd Ghafar, Pensyarah Kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Elektronik, fokus kepada pembelajaran robotik. Pelajar tidak hanya diberi pendedahan terhadap asas-asas robotik, tetapi kemahiran pelajar juga dikembangkan melalui latihan praktikal pengaturcaraan dan reka bentuk robot. Melalui pendekatan ini para pelajar diberi peluang untuk merancang, membina, dan mengendalikan robot secara langsung,serta memahami prinsip-prinsip teknikal yang terlibat.
 
Manakala program kedua, yang dikendalikan oleh Cik Jasmira Bt Abdul Jalil, Eksekutif Pentadbiran di Bahagian Industri, bersama Cik Nurul Hasipah Bt Mat Rofi, Eksekutif Pentadbiran di Bahagian Hubungan Komuniti PJIM, fokus kepada perkongsian pembelajaran STEM. Dalam sesi ini, pelajar diperkenalkan kepada pelbagai konsep dan aplikasi STEM dalam kehidupan seharian. Aktiviti berkumpulan yang berfokus kepada sains dan teknologi telah dijalankan bagi tujuan pengajaran tentang peranan pelajar dalam inovasi. Kedua-dua program ini diharapkan tidak hanya memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan STEM, malah dapat memperkukuhkan komitmen Sekolah Alam Nurul Islam Yogyakarta dalam menyediakan pendidikan yang holistik dan relevan.

Print   Email