PERBINCANGAN PROGRAM KOMUNITI KELOMPOK DI SEKITAR SMK GAMBANG
19 MAC 2024 - SMK GAMBANG
Satu perbincangan berkaitan program komuniti telah dijalankan antara UMPSA dan SMK Gambang. Wakil dari UMPSA En. Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Hubungan Komuniti, telah mengadakan perbincangan dengan Pengetua SMK Gambang bersama dengan pihak pengurusan sekolah. Tujuan perbincangan ini adalah untuk merangka cadangan pelaksanaan program Komuniti Kelompok di lokasi sekitar termasuk program di sekolah yang melibatkan pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tujuan yang lain juga termasuk untuk memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat serta meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah. Program Komuniti Kelompok ini dijangka dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam aspek pembangunan diri dan akademik. Diharapkan dengan kerjasama yang erat antara sekolah, komuniti, dan PJIM, pelbagai inisiatif yang positif dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan pelajar SMK Gambang.