ICoN's  Official Website    

Kolaborasi Strategik UMPSA dan Agensi Kerajaan Perkasa Kampung Orang Asli Chenan Cherah

Kolaborasi Strategik UMPSA dan Agensi Kerajaan Perkasa Kampung Orang Asli Chenan Cherah

Susulan lawatan ke Kampung Orang Asli Chenan Cherah Baru baru-baru ini, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat Madani (KAM) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan mampan kampung tersebut bersama agensi-agensi berkaitan di Cameron Highlands.
 
Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat MARDI telah dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Aida binti Mustapha. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Hubungan Komuniti UMPSA, Dr. Daing Mohamad Nafiz bin Daing Idris, bersama pegawai-pegawai dari pusat tersebut. Mesyuarat ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Teknologi Industri Termaju, Ts. Dr. Nasrul Hadi bin Johari, Pengarah Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif, Dr Nurul Ashykin binti Abd Aziz, pegawai serta wakil dari CiREL.
 
Selain itu, wakil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Perhutanan Cameron Highlands turut hadir bagi memberikan pandangan serta cadangan perkampungan Orang Asli Chenan Cherah ini terletak di kawasan hutan simpan yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan, selain berpotensi untuk ditambah baik melalui kerjasama pelbagai agensi di negeri Pahang.
 
Mesyuarat turut menekankan kepentingan agar setiap gerak kerja yang dirancang dilaksanakan mengikut tatacara yang betul dan selaras dengan dasar serta aspirasi kerajaan dalam memperkasa komuniti Orang Asli secara inklusif dan bersepadu.
Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link