ICoN's  Official Website    

Lawatan Tapak Projek Cendawan Tiram di Mukim Kuala Serau Perkukuh Usaha Pembangunan Komuniti

Lawatan Tapak Projek Cendawan Tiram di Mukim Kuala Serau Perkukuh Usaha Pembangunan Komuniti

Satu lawatan tapak telah dijalankan bagi projek tanaman cendawan tiram di Mukim Kuala Serau bagi menilai potensi dan perkembangan inisiatif pertanian komuniti yang sedang dibangunkan.
 
Lawatan ini melibatkan penyelarasan antara wakil dari Pusat Hubungan Komuniti Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah serta komuniti setempat bagi melihat sendiri kemudahan sedia ada, fasa pelaksanaan projek, serta keperluan sokongan teknikal dan latihan yang boleh diberikan.
 
Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan peluang pendapatan sampingan bagi penduduk setempat khususnya golongan B40, di samping memperkukuh keupayaan komuniti dalam bidang pertanian berasaskan teknologi rendah kos dan mesra alam.
 
Lawatan ini juga menjadi platform awal untuk perbincangan lanjut bersama agensi berkaitan bagi merangka pelan tindakan yang lebih tersusun dan mampan.
Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link