PERBINCANGAN PENAMBAHBAIKAN PANDUAN PROGRAM KOMUNITI & INDUSTRI BAGI FASA II
22 JANUARI 2024 - SWISSBELL HOTEL KUANTAN
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) memulakan langkah proaktif dengan mengadakan Perbincangan Penambahbaikan Panduan Program Komuniti & Industri bagi Fasa II. Perbincangan tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan program yang telah diperkenalkan dalam fasa sebelumnya serta memperkenalkan penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan pembangunan komuniti dan industri setempat.
Dalam perbincangan ini, pihak pengurusan PJIM ahli yang hadir turut mengemukakan pandangan dan cadangan untuk memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan industri. Penekanan diberikan kepada inisiatif-inisiatif yang dapat memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, peningkatan taraf hidup masyarakat, dan pembangunan lestari.