Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Automotif (AEC) dan 6 orang sukarelawan Akademi ADAB telah menganjurkan Program Prihatin 2025 – Servis Motorsikal bertempat di Foyer Kompleks Perkhidmatan Siswa, UMPSA Gambang. Program ini telah berjaya menarik kehadiran 84 orang peserta daripada pelbagai latar belakang.
Perkhidmatan yang ditawarkan dalam program ini adalah penukaran minyak enjin secara percuma, khusus untuk komuniti setempat, pekerja selenggaraan UMP Holding, pelajar dan staf UMPSA. Inisiatif ini mendapat sambutan hangat dan dilihat memberi manfaat besar kepada peserta.
Program ini bukan sahaja membantu warga setempat dalam aspek penyelenggaraan motorsikal, malah mengukuhkan ikatan perpaduan antara komuniti dan universiti. Peserta turut menyatakan rasa penghargaan atas usaha universiti dalam menjayakan program seperti ini.
Program Prihatin 2025 mencerminkan komitmen UMPSA untuk terus aktif dalam aktiviti sukarelawan dan membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
