UMPSA ICoN     

Official Website    

Latest News

MESYUARAT JAWATANKUASA TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT IPTA.

MESYUARAT JAWATANKUASA TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT IPTA.

10 JULAI 2024 -  ZENITH HOTEL, KUANTAN
 
Telah diadakan satu mesyuarat TTNC PJIM IPTA di Zenith Hotel, kuantan harini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TNC PJIM UKM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin serta dihadiri oleh semua TNC JIM, PNC PJIM, Pengarah Hubungan Industri dan Pengarah Hubungan Komuniti IPTA. Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Dato' Dr. Mohd Sharil bin Abdullah.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan IPTA dan kerjasama industri serta komuniti. Kehadiran semua pihak berkepentingan menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan hubungan dengan industri serta masyarakat. UMPSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyumbang idea dalam menjayakan mesyuarat ini.
PROGRAM TAZKIRAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1446H

PROGRAM TAZKIRAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1446H

9 JULAI 2024 - BILIK MESYURAT ICON
 
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat telah menganjurkan Program tazkirah bertemakan "pengajaran hijrah dalam kehidupan seharian" sempena maal hijrah 1446h. Program ini bertujuan untuk memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dan untuk menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam peristiwa tersebut. 
 
Sesi tazkirah disampaikan oleh Ustaz Encik Ku Mohamad Aminuddin Baki bin Ku Yakub, Pembantu hal Ehwal Islam Pusat Islam & Pembangunan Insan. Dalam tazkirahnya, beliau menekankan bahawa hijrah bukan sahaja perpindahan fizikal tetapi juga perubahan mental dan rohani. Beliau juga menekankan pengajaran daripada hijrah Nabi Muhammad SAW, seperti perlunya strategi dan perancangan yang tersusun, pengorbanan untuk mencapai matlamat, serta kepentingan sabar dan tawakkal kepada Allah SWT. Ustaz Encik Ku turut mengingatkan bahawa hijrah adalah tentang usaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Semoga sambutan Maal Hijrah kali ini membawa keberkatan dan rahmat kepada semua.
MAJLIS APRESIASI PESERTA BERSAMA TERAJU & PELUNCURAN KUTIP BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

MAJLIS APRESIASI PESERTA BERSAMA TERAJU & PELUNCURAN KUTIP BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

26 JUN 2024 - PERPUSTAKAAN , UMPSA
Majlis Apresiasi Peserta Bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Peluncuran Koperasi Usahawan Tani IoT Pahang Berhad (KUTIP) telah berlangsung dengan p di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada hari ini. Majlis dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Teknologis Dr. Aida Binti Mustapha, Ketua Pustakawan Cik Kamariah Binti Gono, dan Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, Profesor Datin Teknologis. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim. Turut hadir Pengarah Bersekutu Bahagian Penyampaian Strategik Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Tuan Haji Aizat bin Ponirin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang, Puan Syahirah Mohamad, Ketua-ketua projek IOT Based Smart Farming System serta peserta yang terlibat dalam program Teraju ini.
 
Majlis Apresiasi & Pelancaran Koperasi Usahawan Tani IoT Pahang Berhad (KUTIP) telah disaksikan oleh barisan tetamu kehormat . Dalam ucapan Naib Canselor, beliau menyatakan, "Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada hari ini. Kehadiran anda semua mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan sektor pertanian dengan memanfaatkan teknologi IoT. Penubuhan KUTIP ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan sosial dan komuniti dengan menyokong usaha kerjasama dan pelaburan dalam infrastruktur dan perkhidmatan sosial tempatan." Antara objektif daripada Program IoT Based Smart Farming System adalah unutk meningkatkan produktiviti pertanian melalui penggunaan teknologi IoT dalam sistem pertanian pintar, memperkasakan ekonomi komuniti dengan menubuhkan KUTIP sebagai platform kepada petani untuk menguruskan hasil tani mereka dengan lebih efektif dan berdaya saing. Serta dapat membantu para petani dalam mengoptimumkan pengeluaran dan memasarkan produk mereka secara lebih efisien.
 
Pelbagai anugerah telah disampaikan kepada peserta program yang cemerlang, termasuk Anugerah Petani Cekal, Anugerah Produktiviti Terbaik, Anugerah Inovasi Pertanian, dan Anugerah Ikon Lestari. Puan R. Rosnizan Ibrahim menerima Anugerah Petani Cekal atas usaha gigihnya sebagai ibu tunggal yang konsisten mengusahakan projek ini. Anugerah Produktiviti Terbaik diberikan kepada Puan Siti Aishah Mat Husaind dan En. Abdul Rahman Bin Mohd. Salim yang mencapai nilai jualan bersih melebihi RM30,000. En. Mohd Firdaus Bin Abd Fatah menerima Anugerah Inovasi Pertanian atas kejayaannya memformulasi racun serangga organik dan baja bio-organik. Anugerah Ikon Lestari pula diraih oleh En. Shamsudin Bin Abd Hamid, En. Zakaria Bin Mat Napi, dan En. Abdul Ghaib Bin Md Toha.
 
Puan Ashykin, selaku ketua program IoT Smart Farming System, dalam ucapannya berkata, "KUTIP merupakan inisiatif bersama oleh UMPSA di mana matlamat utama penubuhan koperasi ini adalah untuk menyediakan para peserta projek ini ke arah pengurusan hasil tani yang lebih efektif melalui satu entiti koperasi yang lebih terancang dan mampan sejurus selepas program DPUB ini tamat. Ini adalah usaha yang ingin direalisasikan oleh UMPSA setelah memberikan bimbingan dan sokongan secara berterusan kepada para peserta sepanjang projek ini berlangsung."Pengarah Bersekutu TERAJU, Tuan Haji Aizat Bin Ponirin, juga menekankan pentingnya inovasi dan kerjasama dalam memajukan sektor pertanian berteknologi tinggi. UMPSA dan TERAJU berharap agar majlis ini dapat menyuntik semangat para peserta untuk memanfaatkan projek dan koperasi sebagai batu loncatan ke arah peningkatan sosio-ekonomi yang lebih baik pada masa akan datang.
PROGRAM KOMUNITI ALAM UMPSA FASA 2 BERJAYA TANAM 300 POKOK DI RIMBA LESTARI.

PROGRAM KOMUNITI ALAM UMPSA FASA 2 BERJAYA TANAM 300 POKOK DI RIMBA LESTARI.

21 JUN 2024 - RIMBA LESTARI, PEKAN
 
Lebih kurang 60 orang yang hadir bagi menjayakan Program Komuniti ALAM bersama Pusat Jaringan Industri & Masyarakat pada harini. Hadir dalam program ini adalah pelajar pascasiswazah dari Institut Pengajian Siswazah (PGA), staf Perpustakaan UMPSA serta staf Bahagian Keselamatan dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH).
 
Program dimulakan dengan aktiviti senam robik sebelum diteruskan dengan acara utama iaitu penanaman sebanyak 300 batang pokok. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat.
 
Program Komuniti ALAM ini juga telah mendapat kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Ketua Pustakawan, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta, Pengarah Bahagian Keselamatan, serta semua pihak yang terlibat. Dengan sambutan yang positif dari para peserta, program ini diharapkan dapat memberi impak jangka panjang dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link