ICoN's  Official Website    

Latest News

PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG - PEMASANGAN LAMPU SOLAR, LED DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG - PEMASANGAN LAMPU SOLAR, LED DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

4 MEI 2024 - HULU SELANGOR
 
Satu program Profesor Turun Padang: Semarak Siswa Madani telah berlangsung di Kuala Kubu Baharu, hasil kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMPSA), Kolej Komuniti, dan masyarakat setempat di Hulu Selangor. Dalam program ini, pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk pemasangan lampu solar di Surau Saodatus Salam, Taman Bukit Bujang, serta Surau As Sakinah, Taman Damai, Ampang Pecah. Selain itu, kerja-kerja pendawaian elektrik dan penggantian lampu LED juga dijalankan di kedua-dua surau tersebut. Kehadiran En. Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Universiti Komuniti, dan En. Mohammad Ilzam Bin Jamat, Eksekutif Kanan Bahagian Universiti Komuniti, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat telah memperlihatkan komitmen institusi pengajian tinggi dalam usaha menyokong pembangunan komuniti setempat. Program ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat sekitar dan diharapkan akan terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti setempat.
PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG: SERVIS MOTOSIKAL - PENUKARAN MINYAK HITAM

PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG: SERVIS MOTOSIKAL - PENUKARAN MINYAK HITAM

1 MEI 2024 - HULU SELANGOR
 
Salah satu daripada Program Profesor Turun Padang: Semarak Siswa Madani yang dianjurkan oleh UMPSA di Hulu Selangor adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan servis motorsikal secara percuma kepada komuniti setempat. Program ini mendapat sambutan yang hangat oleh komuniti setempat dan hampir 100 biji motorsikal yang terlibat dalam program ini. Turut serta dalam program ini, Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim (Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Rizalman Bin Mamat (Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif) dan Pn. Haryani Binti Abdullah (Pengurus Besar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni).
 
Selain memberikan pengalaman praktikal kepada staf dan pelajar UMPSA, Kolej Komuniti Pekan, dan Kolej Komuniti Hulu Selangor, ia juga diharapkan dapat membangunkan kerjasama dalam bidang kepakaran TVET antara universiti dan kolej komuniti serta menyumbang kepakaran kepada masyarakat di kawasan tersebut. Program ini diharapkan dapat menjadi satu langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.
HARI TERBUKA DAN SAMBUTAN HARI RAYA PJIM

HARI TERBUKA DAN SAMBUTAN HARI RAYA PJIM

30 APRIL 2024 - ASTAKA, UMPSA
 
Program Hari Terbuka & Sambutan Raya PJIM kali ini disambut meriah bersama komuniti setempat serta rakan startegik dari industri di Dewan Astaka, UMPSA. Antara aktiviti sempena Hari Terbuka PJIM adalah sesi perkongsian daripada YH. Dato Dr. Mohd. Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi. Beliau berkongsi berkenaan hala tuju dan inspirasi KPT dan UA dalam hubungan industri dan komuniti. Hadir juga Prof. Dato Ts Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMPSA, dan Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.
 
Turut serta Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM), serta ketua-jabatan dan jemputan lain. Lebih dari 500 orang hadir termasuk wakil dari SUK Pahang, guru, pentadbir sekolah berdekatan, dan ketua-ketua masyarakat sekitar. Program turut meraikan rakan komuniti peserta penanam sayur fertigasi menggunakan kaedah IOT (projek TERAJU) dan peserta serta penggerak program Basmi Miskin Tegar (BMT/IPR) di bawah Kementerian Ekonomi serta rakan industri dan strategik dalaman dan luaran kampus.
MESYUARAT PELARASAN PROGRAM KOMUNITI

MESYUARAT PELARASAN PROGRAM KOMUNITI

27 APRIL 2024 - KUALA KUBU BAHRU
 
 
Satu mesyuarat pelarasan program komuniti telah diadakan di Kuala Kubu Baharu di bawah pengerusian YH Dato Sharil bin Abdullah, Pengarah BHI. Mesyuarat yang dijalankan di UPSI telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Dalam mesyuarat yang berlangsung, pelbagai perbincangan penting telah dibuat untuk menyelaraskan program-program komuniti yang sedang berjalan. Pengarah BHI, YH Dato Sharil bin Abdullah, telah mengetuai perbincangan bagi memastikan setiap cadangan dan idea yang diutarakan diberi perhatian yang sewajarnya. Beliau juga memberi tumpuan kepada aspek penyelarasan dan pemantapan bagi memastikan keberkesanan serta keberkesanan program-program yang diperkenalkan.
 
Foto oleh Rozana Sahadan

Subcategories

Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link