ICoN's  Official Website    

Latest News

LAWATAN DAN PENILAIAN VERIFIKASI PEMASANGAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN FERTIGASI
Featured

LAWATAN DAN PENILAIAN VERIFIKASI PEMASANGAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN FERTIGASI

22 APRIL 2024 - PEJABAT PERTANIAN DAERAH PEKAN, PAHANG
 
Satu lawatan penilaian dan verifikasi fasa akhir pemasangan peralatan dan kelengkapan fertigasi serta rumah semai telah dilakukan oleh Pejabat Pertanian Pekan bagi Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40) tahun 2024. Peserta projek Teraju , Fathiyah Binti Abdul Mohd Sawi adalah antara 10 penerima bantuan ini di dalam daerah Pekan. Bantuan diberikan dalam bentuk kelengkapan para fertigasi bagi 800 pokok, naiktaraf sistem pengairan, dan juga baik pulih rumah semai. 
 
Lawatan dihadiri oleh Encik Mohd Asri Bin Kassim , Penolong Pegawai Pertanian , Pejabat Pertanian Daerah Pekan, Encik Yusmin Bin Jaffar, Eksekutif Teknikal PJIM UMPSA selaku pengurus projek fertigasi DPUB UMPSA - Teraju, IoT Based Smart Farming System , dan penerima bantuan (Puan Fathiyah ) diwakili oleh suami, Encik Khairil Anas Bin Razalli di tapak kebun Kampung Tanjung Batu Ghancong Pekan.
BIG CLEANING DAY EKSA DENGAN PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN PJIM
Featured

BIG CLEANING DAY EKSA DENGAN PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN PJIM

19 APRIL 2024 - PJIM, UMPSA
 
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat telah mengadakan gotong-royong secara menyeluruh (Big Cleaning Day) yang melibatkan semua kakitangan PJIM. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha kolektif yang menarik untuk memulihkan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja. Antara aktiviti yang dilakukan adalah proses kitar semula barang-barang yang tidak lagi digunakan.
 
Dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran dan menyokong amalan mesra alam, bahan kitar semula telah dikumpul mengikut kategori yang telah ditetapkan, seperti plastik, kertas, dan aluminium. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban pencemaran alam, tetapi juga membina kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar. Aktiviti ini juga menjadi salah satu inisiatif OSHMO dalam meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara keseluruhan, aktiviti ini dapat memastikan bahawa kesedaran keselamatan tidak hanya menjadi tugas individu, tetapi juga budaya organisasi yang ditanam secara menyeluruh.
KUNJUNGAN HORMAT KE VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA SDN. BHD.
Featured

KUNJUNGAN HORMAT KE VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA SDN. BHD.

8 APRIL 2024 - KUALA LUMPUR

Satu kunjungan hormat oleh Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA yang diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee kepada Dr. Susanne Lehmann, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Sdn. Bhd. (VW). Perbincangan telah diadakan mengenai pencapaian semasa dan skop kerjasama pada masa hadapan di bawah pembaharuan Memorandum Persefahaman/Perjanjian (MoU/MoA) yang akan datang. Turut hadir adalah Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia VW, Puan Debbie Tan Sook Nee, serta disokong oleh Pengurus Loji VW, Puan Nor Hayati Othman. 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & WORLD QURAN HOUR
Featured

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & WORLD QURAN HOUR

4 APRIL 2024 I MASJID UMPSA KAMPUS GAMABANG
 
Wakil daripada Pusat Jaringan Industri & Masyarakat yang menghadiri program Majlis Khatam Alquran & World Quran Hour. Sesi tadabbur intisari surah Al-Asr disampaikan oleh PM Dr. Mohd Sukki Bin Othman, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Subcategories

Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link