UMPSA ICoN     

Official Website    

Latest News

 MESYUARAT PENYELARASAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) NEGERI PAHANG.

MESYUARAT PENYELARASAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) NEGERI PAHANG.

26 MAC 2024 - WISMA SRI PAHANG
 
Satu mesyuarat penyelarasan inisiatif penadapatan rakyat (IPR) telah diadakan di Wisma Sri Pahang, Kuantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Halizah binti Osman, Ketua Pen. Setiausaha Kanan (Makro) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri. Turut hadir adalah Puan Zawati Yusrah binti Zainuddin, Timbalan Pengarah 1 Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli Kementerian Ekonomi, serta wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan. Turut hadir 21 orang Pegawai Lapangan IPR Daerah, En Zainuddin bin Mat Hussin, Pengarah Bahagian Komuniti PJIM UMPSA, Dr. Khairunnisa bt Abd Aziz, Pensyarah Kanan UMPSA, dan Nurul Hasipah binti Mohd Rofi, Eksekutif Pentadbiran.
 
Pelbagai isu yang telah dibentangkan dalam mesyuarat ini antaranya laporan kemajuan IPR-BMT fasa 1 dan fasa 2 negeri Pahang yang mana telah dibentangkan oleh setiap pegawai lapangan daerah yang terlibat. Laporan ini merangkumi perkembangan projek dan hasil dapatan dari projek yang telah dilaksanakan di pelbagai daerah untuk fasa 1 dan fasa 2. Selain itu, laporan kewangan IPR-BMT fasa 1 telah disemak, yang mana peruntukan telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.
 
Semua pihak yang terlibat telah diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan dan juga status terkini pendaftaran IPR-IKHSAN dan IPR-INSAN turut dibincangkan. Seramai 11 orang telah mendaftar untuk IPR-IKHSAN di negeri Pahang, sementara projek IPR-INSAN telah dimulakan dengan penempatan mesin layan diri (vending machine) di beberapa lokasi strategik seperti Pekan dan Lipis. Pegawai lapangan sedang memantau peserta-peserta ini bagi memastikan keberkesanan program. Hal-hal lain yang melibatkan pertukaran projek baru dan pertukaran peserta juga diperbincangkan. Pertukaran ini dilakukan disebabkan oleh kawasan yang tidak sesuai atau peserta lama yang menarik diri dari program.
BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA DANA PENYELIDIKAN TAHUN 2024

BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA DANA PENYELIDIKAN TAHUN 2024

26 MAC 2024 - SWISS-BELHOTEL, KUANTAN
 
Pusat Penyelidikan & Inovasi (PNI) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Dana Penyelidikan bagi tahun 2024. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran peserta dalam penyediaan kertas kerja yang berkualiti bagi tujuan memohon dana penyelidikan.
Antara peserta yang terlibat dalam bengkel ini termasuklah: 
1. Profesor IR Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Industri.
2. En. Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Komuniti.
 
Juga Turut serta dalam bengkel ini adalah pegawai-pegawai dari Bahagian Komuniti-Industri, iaitu En. Mohammad Ilzam Bin Jamat dan Cik Jasmira Binti Abdul Jalil. Bengkel ini dianggap sebagai platform yang untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan praktik terbaik dalam kalangan Pusat jaringan Industri & Masyarakat (PJIM), dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti penyediaan kertas kerja dalam bidang penyelidikan.
PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA PJIM DAN ANAK-ANAK YATIM

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA PJIM DAN ANAK-ANAK YATIM

25 MAC 2024 - DSH HOTEL

Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan sebuah program iftar yang istimewa dengan mengajak keluarga PJIM dan juga keluarga Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Abu Yazid Bustami untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama di DSH Hotel. Program iftar bersama ini bukan sahaja menyatukan hati dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat, tetapi juga memberi peluang kepada semua pihak untuk menghargai nikmat berbuka puasa bersama-sama.

SESI TAKLIMAT STEM OLEH BAHAGIAN UNIVERSITI - KOMUNITI

SESI TAKLIMAT STEM OLEH BAHAGIAN UNIVERSITI - KOMUNITI

25 MAC 2024 - UMPSA
 
Satu sesi taklimat berkenaan STEM telah diadakan kepada FTKPM. Sesi tersebut disampaikan oleh En Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Hubungan Universiti - Komuniti. Beliau memberikan penekanan kepada konsep STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dalam konteks kerjasama antara FTKPM dan komuniti luar.
Beliau juga menjelaskan bagaimana penerapan prinsip-prinsip STEM dapat memperkuatkan hubungan tersebut dengan melibatkan kejuruteraan pembuatan dalam projek-projek komuniti serta memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan program-program hubungan universiti - komuniti.
 
Sementara itu, En Ilzam Bin Jamat, Eksekutif Kanan dari Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, menambahkan bahawa kerjasama dengan industri dalam bidang STEM dapat memberi manfaat yang besar kepada FTKPM. Ini termasuklah peluang untuk penyelidikan bersama, latihan industri, dan pembiayaan projek bersepadu yang menggabungkan ilmu pengetahuan, teknologi, dan kejuruteraan. Dengan penekanan terhadap STEM dalam sesi taklimat ini, FTKPM diharapkan dapat memperluaskan jaringan kerjasama dengan komuniti luar, termasuk industri, dalam usaha memperkukuhkan kedudukan fakulti sebagai pemimpin dalam bidang kejuruteraan pembuatan.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link