ICoN's  Official Website    

Latest News

LAWATAN UMPSA KE ECRL SDN BHD DAN MALAYSIA RAIL LINK SDN BHD
Featured

LAWATAN UMPSA KE ECRL SDN BHD DAN MALAYSIA RAIL LINK SDN BHD

1 MAC 2024 - SOLARIS DUTAMAS, KUALA LUMPUR
 
Satu lawatan yang penting telah berlangsung dengan kehadiran delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke China Communications Construction Company (ECRL) Sdn Bhd dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini telah menjadi rakan kerjasama yang kukuh dengan UMPSA sejak tahun 2017 yang mana terlibat dalam Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur.
 
Tujuan utama lawatan kali ini adalah untuk memperluaskan skop kerjasama antara UMPSA dan syarikat-syarikat tersebut, khususnya dalam bidang penajaan, penempatan latihan industri, dan penempatan pekerjaan bagi pelajar Program Ijazah Dual UMPSA-Beijing Jiaotong Universiti serta Program Tanggungjawab Sosial Korporat. Delegasi UMPSA diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat, bersama-sama dengan Prof. Madya Ts. Dr. Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), turut diiringi oleh Ts. Dr. Lee Khai Loon, Timbalan Pengarah PKSA, dan Prof. Madya Dr. Doh Shu Ing, Ketua Program (Pengembangan Ilmu dan Sarjana) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam.
 
Lawatan ini tidak hanya menjadi titik awal bagi keterlibatan yang lebih erat antara UMPSA dan syarikat-syarikat utama ini, tetapi juga menandakan langkah progresif dalam memperluaskan kerjasama pendidikan dan industri, yang akan memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhan.
SESI PERBINCANGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK PJIM BERSAMA JPN PAHANG.
Featured

SESI PERBINCANGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK PJIM BERSAMA JPN PAHANG.

29 FEBRUARI 2024 - JPN, PAHANG
 
Satu sesi perbincangan yang signifikan telah berlangsung di antara wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan wakil Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, UMPSA. Sesi perbincangan tersebut dipimpin oleh Prof Datin Ts Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor PJIM UMPSA, dan dihadiri oleh En. Zainuddin bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Hubungan Universiti-Komuniti PJIM. Pihak JPN Pahang pula diwakili oleh En Amzan Abd Malek, Pengarah Pendidikan Negeri, bersama dengan Timbalan Pengarah TnHj Mohd Azmi Othman dan En Ahmad Zamri Mohd Isa, serta beberapa pegawai dan penyelaras bidang.
 
Perbincangan meliputi skop perancangan hubungan jangkapanjang antara UMPSA dan JPN Pahang dalam menyokong pembangunan pendidikan negeri Pahang, terutamanya dalam bidang STEM. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai program seperti program sekolah angkat, program faculty@school, jelajah STEM keseluruh negeri Pahang, program Profesor Turun Padang, dan aktiviti-aktiviti berkaitan.
 
Pihak JPN Pahang juga bersetuju untuk menjadikan PJIM sebagai pusat dalam rangka hubungan antara sekolah dan UMPSA. Untuk mengukuhkan lagi hubungan ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk merangka dan menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU). Perjanjian strategik ini dijangka dapat memacu kemajuan pendidikan di negeri Pahang, khususnya dalam bidang STEM, dan memberi manfaat yang besar kepada pelajar serta komuniti setempat.
MESYUARAT PROJEK BASMI MISKIN TEGAR
Featured

MESYUARAT PROJEK BASMI MISKIN TEGAR

28 FEBRUARI 2024 - CAMERON HIGHLAND

Telah diadakan mesyuarat bagi Projek Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMT) di Daerah Cameron Highlands. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YM Tengku Azuddin Shah Bin T. Alang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Cameron. Turut serta Ahli Projek, Pn Rozliana Bt Ahmad wakil JAKOA Daerah Cameroh Highland, Pn. Juswatul Arafah Bt Muhamad Arsad wakil Perhutanan Daerah CH, En Ahmad Fakharuddin Bin Zakaria (Peg. Pertanian Daerah CH), En. Badrul Hisham Bin Mohd Tahir (Timb. Peg. Pendidikan Daerah CH), En Razlan A/L Fow Choy (ECERDC Negeri Pahang), Dr. Khairunnisa Bt Ad Aziz (Pensyarah UMPSA), En. Mohd Maliam Bin Ismail (Pengulu Mukim Ulu Telom), En Zainal Bin Bah Siapa (Tok BAtin Pos Lemoi), En. Zairum BIn Bah Leg (Wakil KIR Miskin Tegar), En Aslah Naim Bin Azham dan En. Muhammad Fazlie Bin Nordin ( ECERDC Pahang) selaku Pegawai Lapangan projek. Turut dijemput Pn. Nurul Athierah Bt Kamaruzaman (Bhgn Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), Pn. Raudathuljannah Bt Soekarep (JAKOA Negeri Pahang) dan Cik Nurul Hasipah Bt Mat Rofi (Pegawai Eksekutif Pentadbiran, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, UMPSA).

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan strategi dan langkah-langkah untuk mengatasi isu kemiskinan tegar di kawasan tersebut. Antara perkara yang dibincangkan termasuk program latihan, bantuan kewangan, dan inisiatif pemulihan ekonomi. Ahli mesyuarat sebulat suara berharap ini boleh dijadikan langkah penting dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di Cameron Highlands. 

 
PENILAIAN AKHIR ANUGERAH KUALITI INDUSTRI DAN MASYARAKAT (BAHAGIAN INDUSTRI)
Featured

PENILAIAN AKHIR ANUGERAH KUALITI INDUSTRI DAN MASYARAKAT (BAHAGIAN INDUSTRI)

26 FEBRUARI 2024 - BILIK MESYUARAT PJIM
 
Penilaian Akhir Anugerah Kualiti Industri Masyarakat (AKIM) -untuk kluster industri telah berlangsung di bilik mesyuarat PJIM. Penilaian tersebut diketuai oleh Penolong Naib Canselor PJIM, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Industri PJIM,serta Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecekapan Penyelidikan Jabatan Penyelidikan & Inovasi. Kriteria penilaian yang ketat dan teliti telah diterapkan untuk memastikan bahawa anugerah ini diberikan kepada calon yang memenuhi kriteria. Penglibatan Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee dan Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng dalam proses penilaian ini sebagai penambah nilai kepada proses dan menggariskan keperluan untuk pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek dalam kecemerlangan industri. Sebanyak 10 orang peserta telah menghadiri pembentangan dan penilaian akhir bagi kategori Staf Akademik, Rakan Industri terbaik dan Kategori Jabatan.

Subcategories

Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link