UMPSA ICoN     

Official Website    

Latest News

KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN PENGURUSAN TALENT INDUSTRI & EKSPATRIAT MIDA

KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN PENGURUSAN TALENT INDUSTRI & EKSPATRIAT MIDA

2 FEBUARI 2024 - KUALA LUMPUR

Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim telah mengetuai kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Talent Industri & Ekspatriat MIDA di Kuala Lumpur Sentral pada 31hb Jan 2024. Delegasi UMPSA telah disambut oleh pihak MIDA yang diketuai oleh Puan Azrina Hashim, Pengarah Bahagian Pengurusan Talent Industri & Ekspatriat MIDA.

Lawatan ini bertujuan untuk menerokai peluang kerjasama yang lebih berstruktur dan berimpak kepada kedua-dua pihak. Turut hadir termasuk Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Prof. Madya Dr. Izwan Ismail Pengarah Pusat Kerjaya UMPSA serta Dr. Ahmad Johari Mohamad Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Nurul Fazlin Abdul Rahman Pengurus Besar UMPSA Advanced Education.

PERBINCANGAN PENAMBAHBAIKAN PANDUAN PROGRAM KOMUNITI & INDUSTRI BAGI FASA II

PERBINCANGAN PENAMBAHBAIKAN PANDUAN PROGRAM KOMUNITI & INDUSTRI BAGI FASA II

22 JANUARI 2024 - SWISSBELL HOTEL KUANTAN
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) memulakan langkah proaktif dengan mengadakan Perbincangan Penambahbaikan Panduan Program Komuniti & Industri bagi Fasa II. Perbincangan tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan program yang telah diperkenalkan dalam fasa sebelumnya serta memperkenalkan penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan pembangunan komuniti dan industri setempat.
Dalam perbincangan ini, pihak pengurusan PJIM ahli yang hadir turut mengemukakan pandangan dan cadangan untuk memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan industri. Penekanan diberikan kepada inisiatif-inisiatif yang dapat memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, peningkatan taraf hidup masyarakat, dan pembangunan lestari.
LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA FERTIGASI UMPSA-TERAJU PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA FERTIGASI UMPSA-TERAJU PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

17 JANUARI 2024 - KG PAYA RAMBUTAN , KUANTAN
 
Daripada 4 orang peserta seramai 3 orang masih aktif menjalankan aktiviti penanaman, manakala seorang peserta merehatkan tapak atas faktor risiko tinggi banjir berlaku di tapak tersebut. 
 
Jenis Tanaman :
1. Terung mini
2. Cili kampung
 
Permasalahan :
 1. Serangan kulat hawar pucuk (phytoptora) menular di kebun mengakibatkan lebih 70 peratus pokok cili kampung terpaksa dibuang.
2. Serangan serangga perosak thripps boleh dilihat jelas pada buah terung mini yang berlaku pada hampir 40 peratus pokok. Serangan thripps mengakibatkan buah terung mini mengalami penurunan gred sekaligus mengurangkan harga jualan di pasaran. Kehadiran lalat putih mengakibatkan penularan virus mozek pada pokok terung mini.
 
Khidmat Nasihat :
 1. Hujan lebat mengakibatkan pengumpulan air yang terlalu banyak pada bahagian bawah polibeg yang menjadi pusat pembiakan kulat dan penyakit terutama kepada pokok cili. Peserta dinasihatkan untuk meletakkan polibeg di atas susunan bata bagi memudahkan pengaliran lebihan air keluar.
2. Peserta juga diminta untuk melakukan rawatan media tanaman sebelum memulakan musim baru bagi mengelakkan penyakit atau masalah yang terjadi sebelum ini daripada berulang. Rawatan boleh dilakukan dengan penggunaan Bacillus Subtillis dan Trichoderma Harzianum bagi melawan bakteria / kuman jahat yang ada di dalam media. Rawatan dilakukan dengan bancuhan dua bahan tadi di dalam tangki dan diberikan secara titis kepada media dengan anggaran 300ml - 400ml untuk setiap polibeg. Bahan rawatan boleh didapati di aplikasi shopee.
3. Melakukan kawalan serangga dengan lebih ketat menggunakan racun mengikut mod tindakan menyeluruh (tenaga, pertumbuhan, dan pernafasan) bagi membasmi secara efektif serangga-serangga perosak di dalam kawasan kebun. Senarai jenis racun mengikut mod tindakan boleh dirujuk dari buku modul fertigasi yang diberikan kepada peserta.
MESYUARAT DAN SESI BENGKEL PERBINCANGAN BAGI PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR), DAERAH LIPIS

MESYUARAT DAN SESI BENGKEL PERBINCANGAN BAGI PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR), DAERAH LIPIS

11 JANUARI 2024 - PEJABAT DAERAH & TANAH LIPIS, PAHANG

Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis yang dilantik sebagai penyelaras program Basmi Miskin Tegar / Inisitif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi daerah Lipis telah mengadakan mesyuarat dan sesi bengkal perbincangan bersama pihak-pihak yang terlibat sama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh penolong pegawai daerah (Fizikal) iaitu Cik Rabiatul Adawiyah binti Mat Dahan. Antara Agensi yang hadir Penolong pengarah dari kementerian ekonomi iaitu Puan Lee Chin Chin. Turut hadir En Ismail bin Surip, pengurus kanan bahagian pembangunan modal insan ECERDC Putrajaya, Jabtan Kemajuan Orang Asli Lipis, Puan Azimah Binti Abdul Manap, Pegawai Fama Daerah Lipis, Encik Deraman Bin Razak, Pegawai Pertanian , Puan Julianan Binti Din, TMAZ Lipis, Encik Azhari Bin Bakar, Wakil Jabatan Veterina, Puan Adlin Binti Mohd Hairi, Penolong Pegawai Mara, Hartine Binti Mad Saat Dan Wakil Dari Risda Muhammad Faizal Bin Mat Jusoh.
Projek ini melibatkan fasa 1 dan fasa 2 yang mana senarai nama dan lokaliti telah ditentu oleh pihak Kementerian Ekonomi yang mengsasarkan golongan miskin tegar yang telah berdaftar dibawah Ekasih. Bagi peserta-peserta fasa 1, projek telah bermula sejak bulan Mac 2023. Fasa 1 ini melibatkan 2 lokaliti di daerah lipis iaitu KOA Tungau seramai 36 orang dan Kg Kechau Tui seramai 5 orang. 2 lokaliti ini telah menjalankan projek pertanian, penternakan dan perniagaan makanan sejuk beku. Setakat ini projek fasa 1 ini selalu dipantau dah diselia oleh pegawai lapangan dari agensi yang terlibat serta masih dalam usaha penambahbaikan bagi mengatasi cabaran dan isu yang berlaku. Manakala bagi fasa 2 masih dalam status belum dilaksankan kerana berlaku pertukaran lokaliti disebabkan oleh faktor yang tidak dapat dielakkan. Hasil perbincangan, ahli mesyurat bersetuju untuk menerima baik cadangan dan idea bagi penambahbaikan projek-projek BMT/IPR yang dijalankan di daerah lipis.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link