UMPSA ICoN     

Official Website    

Latest News

LAWATAN PENANDAARAS KE YAYASAN CANSELOR UNITEN BANGI MENGUKUHKAN HUBUNGAN INDUSTRI-AKADEMIK

LAWATAN PENANDAARAS KE YAYASAN CANSELOR UNITEN BANGI MENGUKUHKAN HUBUNGAN INDUSTRI-AKADEMIK

25 MAC 2024 - UNITEN, BANGI

Uniten Bangi menerima kunjungan istimewa daripada UMPSA, iaitu Profesor IR Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Industri di Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, serta Profesor Chin Kwok Feng, Pengarah Kanan di Pusat Pengurusan Kecekapan Penyelidikan UMPSA, Jabatan Penyelidikan & Inovasi. Profesor Chin Sim Yee dan Profesor Chin Kwok Feng menekankan pentingnya kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi untuk memperkukuhkan kesinambungan antara pendidikan dan permintaan industri. Hasil daripada lawatan tersebut, kedua-dua berharap agar penandaaras ini tidak hanya menjadi tonggak penting bagi UMPSA, tetapi juga menandakan komitmen bersama dalam melonjakkan pencapaian akademik dan industri negara ke peringkat yang lebih tinggi.

PJIM SUMBANG TENAGA KEPADA PUSAT KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN ABU YAZID BUSTAMI SEMPENA BULAN RAMADAN

PJIM SUMBANG TENAGA KEPADA PUSAT KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN ABU YAZID BUSTAMI SEMPENA BULAN RAMADAN

25 MAC 2024 - PEKAN
 
Dalam usaha memperkukuhkan nilai-nilai murni dan kebersamaan, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) telah mengadakan program ziarah Ramadan ke Pusat Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Abu Yazid Bustami di Pekan. Aktiviti utama yang dilakukan adalah mengecat semula bahagian ruang tamu pusat kebajikan tersebut dengan peralatan yang telah disediakan. Sebanyak 13 staf yang terlibat dalam program ziarah ramadan ini. Program ziarah Ramadan ini dijangka akan menjadi permulaan untuk kerjasama yang lebih erat antara PJIM dan pusat kebajikan setempat. Usaha ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan, terutamanya dalam memperkukuhkan ikatan sosial dan kepedulian antara satu sama lain.
LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA PROJEK FERTIGASI ‘IOT BASED SMART FARMING SYSTEM’

LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA PROJEK FERTIGASI ‘IOT BASED SMART FARMING SYSTEM’

18-22 MAC 2024 - PEKAN
 
Lawatan pemantauan bulanan peserta projek fertigasi DPUB UMPSA – Teraju melibatkan 17 peserta di daerah Pekan iaitu daripada Kg Bentan seramai 5 orang, Kg Pulau Rumput seramai 1 peserta, Kg Meragih seramai 7 peserta Kg Bukit Udang seramai 1 peserta, Kg Gumum seramai 1 peserta, dan Kg Bukit Kenau seramai 2 peserta. Lawatan yang berjalan sepanjang minggu ke-3 bulan Mac ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab UMPSA untuk membimbing dan memastikan peserta berupaya menjalankan aktiviti projek dan seterusnya menambah hasil pendapatan bulanan peserta. Antara tanaman yang diusahakan peserta adalah terung mini, cili besar, cili bara, dan timun hijau. Melalui projek ini, peserta diajar kemahiran pertanian secara fertigasi menggunakan aplikasi dalam talian internet pelbagai benda (IoT). Menggunakan sensor khas dan sistem automasi tangki siraman yang diintegrasikan kedalam aplikasi dalam talian, memudahkan kerja-kerja siraman, bancuhan baja, dan pengawasan pertumbuhan tanaman. Kecekapan penggunaan air dan baja dapat ditingkatkan secara signifikan melalui data yang diperoleh daripada sensor di dalam polibeg tanaman.
 
BENGKEL PEMBANGUNAN KOMUNITI JPT, KPT

BENGKEL PEMBANGUNAN KOMUNITI JPT, KPT

7-8 MAC 2024 - UNIMAP
 
Anjuran Bahagian Hubungan Industri, JPT, KPT dan dihadiri oleh semua Pengarah Hubungan Komuniti seluruh Universiti Awam (UA) dan pegawai terlibat serta wakil Politeknik dan Kolej Komuniti. YH. Dato. Dr. Shahrir Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri telah berkongsi perancangan dan halatuju program komuniti UA kepada Masyarakat selaras dengan landasan halatuju KPT dan kerajaan. Beberapa cadangan penambahbaikan aktiviti komuniti UA telah dicadangkan melalui bengkel ini untuk dipertimbangkan oleh pihak KPT untuk pelaksanaan yang lebih berkesan dan berfokus. Pihak UA juga telah mencadangkan beberapa program baharu seperti UniMADANI dan SejatiMADANI yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan oleh UA bersama dan kepada komuniti.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link