UMPSA ICoN     

Official Website    

Latest News

PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI AMPANG PECAH: KURSUS DAN SERVIS PERCUMA

PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI AMPANG PECAH: KURSUS DAN SERVIS PERCUMA

8 MEI 2024 - AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU
 
Program Profesor Turun Padang oleh telah berjaya diadakan di Kampung Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu Selangor. Program ini menawarkan pelbagai kursus dan servis percuma kepada penduduk setempat. Program ini merangkumi Kursus Urutan Refleksologi, Kursus Manikur, dan Kursus Gubahan Bunga, yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih. Selain itu, terdapat juga servis gunting rambut percuma terbuka kepada penduduk setempat . Servis ini juga dibantu oleh pelajar sukarelawan dari GiatMara Selangor.
 
Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarkat, menyatakan bahawa objektif utama adalah untuk mendekatkan jurang antara universiti dan komuniti serta memberikan sumbangan praktikal kepada masyarakat. Penduduk Kampung Ampang Pecah menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan. Program ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada institusi lain dalam usaha memperkasa komuniti setempat.
PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI PERTAK: SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA

PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI PERTAK: SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA

8 MEI 2024 - PERTAK , KUALA KUBU BHARU
 
Program Profesor Turun Padang telah berjaya diadakan di Kampung Pertak yang mana aktiviti utama bagi program ini adalah khidmat servis motosikal secara percuma kepada penduduk setempat. Antara servis yang disediakan adalah khidmat penukaran minyak enjin, pemeriksaan brek, dan pelarasan rantai. Aktiviti ini diketuai oleh En. Mohamad Ilzam Bin Jamat, Eksekutif Kanan Bahagian Universiti Komuniti, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat serta staff & pelajar sukarelawan UMPSA. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada komuniti sambil memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Penduduk kampung menyambut baik program ini dan inisiatif seperti ini dilihat dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat melalui kerjasama yang praktikal dan berkesan.
LAWATAN PEMANTAUAN BULANAN PESERTA PROJEK FERTIGASI

LAWATAN PEMANTAUAN BULANAN PESERTA PROJEK FERTIGASI

3 MEI 2024 - KG PAYA RAMBUTAN, KUANTAN
 
Lawatan pemantauan bulanan projek fertigasi di daerah Kuantan telah dilakukan di Kg. Paya Rambutan, dan hasil positif dapat dilihat di tiga tapak tanaman. Tapak pertama milik Puan Khairulbariah telah memasuki fasa kutipan hasil terung mini sebanyak 500 polibeg dan bersiap sedia untuk penanaman cili bara dan cili kampung. Tapak kedua, dikendalikan oleh Puan Nabilah Fatin dan Encik Hasmady Othman,yang mana telah berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM12,500 dengan purata pendapatan bulanan bersih RM1,200 hingga RM1,500.
 
Peserta bersedia memperbaiki teknik siraman untuk musim akan datang. Tapak ketiga pula telah merancang untuk menanam cili bara sebanyak 1,000 polibeg, selepas mengalami kerugian akibat serangan kulat dan virus sebelumnya. Pengurus Projek akan membincangkan langkah penambahbaikan untuk mengelakkan kesilapan berulang. Lawatan ini menunjukkan perkembangan positif dalam projek fertigasi di Kg Paya Rambutan dan peluang peningkatan hasil pada masa depan.
PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG - PEMASANGAN LAMPU SOLAR, LED DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG - PEMASANGAN LAMPU SOLAR, LED DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

4 MEI 2024 - HULU SELANGOR
 
Satu program Profesor Turun Padang: Semarak Siswa Madani telah berlangsung di Kuala Kubu Baharu, hasil kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMPSA), Kolej Komuniti, dan masyarakat setempat di Hulu Selangor. Dalam program ini, pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk pemasangan lampu solar di Surau Saodatus Salam, Taman Bukit Bujang, serta Surau As Sakinah, Taman Damai, Ampang Pecah. Selain itu, kerja-kerja pendawaian elektrik dan penggantian lampu LED juga dijalankan di kedua-dua surau tersebut. Kehadiran En. Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Universiti Komuniti, dan En. Mohammad Ilzam Bin Jamat, Eksekutif Kanan Bahagian Universiti Komuniti, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat telah memperlihatkan komitmen institusi pengajian tinggi dalam usaha menyokong pembangunan komuniti setempat. Program ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat sekitar dan diharapkan akan terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti setempat.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link