ICoN's  Official Website    

Latest News

PROGRAM KOMUNITI ALAM UMPSA FASA 2 BERJAYA TANAM 300 POKOK DI RIMBA LESTARI.
Featured

PROGRAM KOMUNITI ALAM UMPSA FASA 2 BERJAYA TANAM 300 POKOK DI RIMBA LESTARI.

21 JUN 2024 - RIMBA LESTARI, PEKAN
 
Lebih kurang 60 orang yang hadir bagi menjayakan Program Komuniti ALAM bersama Pusat Jaringan Industri & Masyarakat pada harini. Hadir dalam program ini adalah pelajar pascasiswazah dari Institut Pengajian Siswazah (PGA), staf Perpustakaan UMPSA serta staf Bahagian Keselamatan dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH).
 
Program dimulakan dengan aktiviti senam robik sebelum diteruskan dengan acara utama iaitu penanaman sebanyak 300 batang pokok. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat.
 
Program Komuniti ALAM ini juga telah mendapat kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Ketua Pustakawan, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta, Pengarah Bahagian Keselamatan, serta semua pihak yang terlibat. Dengan sambutan yang positif dari para peserta, program ini diharapkan dapat memberi impak jangka panjang dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
UMPSA DAN PROTON METERAI KERJASAMA STRATEGIK MELALUI MoU

UMPSA DAN PROTON METERAI KERJASAMA STRATEGIK MELALUI MoU

14 JUN 2024 - PROTON, TANJUNG MALIM
 
Satu Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) telah diadakan di PROTON, Tanjung Malim, Perak. Majlis ini dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UMPSA iaitu Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin (Naib Canselor), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim (Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat) serta wakil-wakil dekan fakulti. Turut hadir daripada pihak PROTON, Encik Amran bin Mohd Tomin (Naib Presiden Sumber Manusia & Pentadbiran), Encik Tang Yaowen (Pengarah Kanan Pembuatan Kumpulan) serta beberapa wakil jabatan yang terlibat dalam kolaborasi ini.
 
Dalam ucapan perasmian, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin menegaskan bahawa, "Hubungan kerjasama dengan industri adalah sangat diperlukan dalam mencapai agenda strategik masing-masing. Aktiviti ini merangkumi penglibatan dalam bidang akademik, penyelidikan, hal ehwal pelajar, khidmat masyarakat mahupun bidang yang berkaitan dengan memberikan perkhidmatan secara terus kepada kumpulan sasaran," katanya. Antara fokus utama kerjasama ini adalah pembelajaran berasaskan Work-Based Learning (WBL). WBL adalah satu strategi pendidikan yang memberikan pelajar pengalaman kerja sebenar, di mana mereka boleh mengaplikasikan kemahiran akademik dan teknikal serta membangunkan kebolehan mereka.
 
Setakat ini, UMPSA telah menghantar empat pelajar Teknologi Kejuruteraan Mekanikal untuk program WBL bermula Mac lalu. Delegasi UMPSA juga turut berkesempatan melawat kilang operasi pengeluaran PROTON dan lawatan ini memberi peluang kepada UMPSA untuk melihat secara langsung teknologi terkini yang digunakan dalam pengeluaran automotif, serta memahami proses-proses yang terlibat.
UMPSA KUKUHKAN KERJASAMA DENGAN VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA SDN. BHD.

UMPSA KUKUHKAN KERJASAMA DENGAN VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA SDN. BHD.

12 JUN 2024 - UMPSA PEKAN
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Volkswagen Group Malaysia Sdn. Bhd., menyaksikan komitmen mereka dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara pendidikan tinggi dan industri automotif. MoA terbaru ini, yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari industri, termasuk Pengarah Urusan Dr. Susanne Lehmann, Puan Nor Hayati Othman, Pekan Plant Manager, dan Miss Christine Yee, Legal and Compliance Officer, menegaskan komitmen kedua-dua pihak dalam meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan, pengembangan modal insan, dan penempatan graduan.
 
Dalam kenyataannya, Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, menyatakan kepentingan kerjasama dengan industri dalam memastikan program pendidikan relevan dan memberi peluang praktikal kepada pelajar. Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Susanne Lehmann, memberikan gambaran mengenai kerjasama masa lalu dan peluang masa depan yang ada, menekankan komitmen mereka terhadap perkembangan industri automotif negara. Diharapkan kerjasama ini akan membawa manfaat yang berkekalan kepada kedua-dua pihak serta menyumbang kepada pembangunan industri automotif negara secara menyeluruh.
PJIM ANJUR SESI PERKONGSIAN ILMU PERMOHONAN GERAN PPRN 2.0 TAHUN 2024

PJIM ANJUR SESI PERKONGSIAN ILMU PERMOHONAN GERAN PPRN 2.0 TAHUN 2024

10 JUN 2024 - BILIK SEMINAR PJIM
 
Pusat Jaringan Industri UMSPA telah mengadakan sesi perkongsian ilmu mengenai permohonan Geran Inisiatif Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) 2.0 bagi tahun 2024. Sesi perkongsian ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara akademi dan industri melalui penyelesaian inovatif. Profesor Ir. Dr. Mohd Faizal bin Jamlos yang merupakan Profesor dan Felo Penyelidik Utama Pusat Kejuruteraan Automotif sebagai penceramah bagi sesi perkongsian ini. Beliau berkongsi pandangan dan panduan berharga kepada pensyarah UMPSA dalam penyediaan proposal yang kompetitif. Selain membantu pensyarah menyediakan proposal lengkap, sesi ini juga menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai cabaran dan peluang dalam penyelidikan industri. Permohonan PPRN 2.0 dijangka membuka lebih banyak peluang kepada penyelidik untuk menghasilkan penyelesaian berimpak tinggi.

Subcategories

Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link