ICoN's  Official Website    

Latest News

CABARAN DAN KESEDIAAN UNTUK MUSIM PENANAMAN

CABARAN DAN KESEDIAAN UNTUK MUSIM PENANAMAN

26 APRIL 2024 - KUALA KUBU BAHRU
 
Satu perjumpaan telah diadakan di tiga kampung berasingan iaitu Kg Meragih, Kg Bukit Udang, dan Kg Gumum bagi membincangkan isu-isu penting berkaitan dengan persiapan musim penanaman akan datang.Antara isu-isu yang dibincangkan adalah seperti persediaan musim penanaman, jenis tanaman yang sesuai, serta langkah-langkah pencegahan terhadap serangan haiwan perosak. Perjumpaan tersebut juga mendapat sokongan yang kukuh terhadap idea penubuhan koperasi di kalangan peserta projek. Semua yang hadir bersetuju bahawa penubuhan koperasi adalah langkah yang bijak untuk meningkatkan keberkesanan dalam sektor pertanian tempatan.
 
Bagaimanapun, cabaran terbesar yang dihadapi oleh peserta projek adalah kelewatan dalam memulakan penanaman disebabkan masalah penyambungan elektrik yang belum diselesaikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dari empat tapak yang dilawati, hanya satu tapak yang telah memulakan penanaman, manakala tiga tapak lain masih terbuntu atas masalah ini. Menurut En. Nordee dari Kg Bukit Udang, kebun beliau telah memulakan persediaan tapak tanah untuk penanaman dengan susunan polibeg, paip, serta pelapik tanah. Sementara itu, kebun milik En. Arman sedang menghadapi cabaran dalam penggantian polibeg yang rosak dan masalah tekanan air yang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, para peserta berharap proses tersebut akan selesai pada penghujung Mei 2024.
 
Pemilik kebun dihadapkan dengan keperluan yang mendesak untuk memperbaiki jalan masuk ke tapak mereka sebagai syarat untuk mendapatkan penyambungan elektrik dari TNB. Kehadiran TNB dijangka akan membantu menyelesaikan masalah ini, namun tambahan dana sebanyak RM10,000.00 diperlukan untuk pembaikan jalan. Walaupun dengan adanya pelbagai cabaran, semangat peserta projek dalam meneruskan usaha pertanian tetap tidak terpadam. malah mempunyai semangat untuk terus maju dalam bidang ini demi kemajuan negara dalam sektor pertanian.
 
Foto disediakan oleh Yusmin Jaffar
KUNJUNGAN HORMAT KE VOLKSWAGEN GROUP ACADEMY
Featured

KUNJUNGAN HORMAT KE VOLKSWAGEN GROUP ACADEMY

23 APRIL 2014 - VOLKSWAGEN (VW) GROUP ACADEMY, JERMAN
 
Delegasi UMPSA yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Hubungan Universiti-Industri PJIM, melawat Volkswagen (VW) Group Academy di Wolfsburg, Jerman. VW Group Academy terletak dalam kilang pembuatan VW Wolfsburg yang merupakan kilang automotif terbesar di Eropah dengan keluasan 6.5 km2 dan pekerja seramai 60,000 orang. VW Group Academy bertanggungjawab untuk menyediakan kursus dalaman bagi pekerja dan program kesedaran kepada orang awam, terutamanya dalam bidang Electric Vehicle. Kedatangan UMPSA diterima baik oleh VW Group Academy yang diwakili oleh En. Oliver Syring.
 
Perbincangan penting termasuk kerjasama dalam penawaran kursus-kursus berkaitan Electric Vehicle. Turut hadir dalam perbincangan tersebut dari UMPSA adalah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Mohd Sani, Dr. Ahmad Najmuddin Ibrahim, dan Dr. Mohamad Heerwan Peeie. Dari pihak VW, turut hadir En. Philip Neumann, Cik Isabell Kulla, dan Dr. Susanne Lehmann, Pengarah Urusan VW Group Malaysia. 
LAWATAN TAPAK FERTIGASI KE PULAU RUMPUT & BUKIT KENAU
Featured

LAWATAN TAPAK FERTIGASI KE PULAU RUMPUT & BUKIT KENAU

24 APRIL 2024 - PULAU RUMPUT & BUKIT KENAU PEKAN
 
Lawatan tapak ke Projek Fertigasi, Sistem Pertanian Pintar Berasaskan IoT di kawasan Pulau Rumput dan Bukit Kenau, Pekan, merupakan pengalaman yang menarik. Projek ini di bawah kepimpinan En. Wan Muhammad Luqman, En. Muhammed Syamsuri, dan En. Muhammad Syakir, yang setiap seorang memiliki antara 1000 hingga 1200 anak pokok, dengan hasil pengeluaran cili berkisar antara 100kg hingga 200kg pada satu-satu masa. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara TERAJU dan UMPSA melalui dana pembangunan untuk usahawan Bumiputera. Usaha ini telah membuka peluang untuk menjana pendapatan sehingga RM2000 hingga RM4000 sebulan.
KUNJUNGAN HORMAT KE SYARIKAT JOHN DEERE, MANNHEIM JERMAN
Featured

KUNJUNGAN HORMAT KE SYARIKAT JOHN DEERE, MANNHEIM JERMAN

18 APRIL 2024 - MANNHEIM JERMAN
Delegasi UMPSA telah mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat John Deere di Mannheim, Jerman. Pihak Syarikat John Deere yang diketuai oleh pengurus loji pembuatan traktor, antara yang terbesar di dunia, telah menyambut kedatangan UMPSA di Galeri John Deere sebelum dibawa melawat ke loji pembuatan.
Antara kerjasama yang telah dibincangkan termasuk latihan industri yang berstruktur dan antarabangsa, terutamanya untuk Program Dual Ijazah UMPSA-University of Applied Science Mannheim (HMA) dalam bidang kejuruteraan perniagaan dan kejuruteraan kimia. Topik-topik yang dibincangkan termasuk fotolisis, baja, dan bahan. Pihak UMPSA diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Hubungan Industri Universiti Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat, dan Prof. Ts. Dr. Sumaiya Zainal Abidin @ Murad. Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Proses. Turut hadir dalam sesi ini adalah pasukan dari HMA yang dipimpin oleh Prof. Dr. Ulrich Trägner dari Fakulti Kejuruteraan Proses dan Kimia, yang juga bertindak sebagai penyelaras untuk lawatan ini.

Subcategories

Image
Image
Image
— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia

+609-431 5041
icon@umpsa.edu.my

— Quick Link