UMPSA ICoN     

Official Website    

AXIATA DIGITAL LEADERS PROGRAMME FOR GIRLS 2024

AXIATA DIGITAL LEADERS PROGRAMME FOR GIRLS 2024

3-9 MEI 2024 - TENERA HOTEL BANGI & BANGUNAN CELCOMDIGI
 
Sejumlah 8 pelajar wanita dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mewakili universiti dalam Program Axiata Digital Leadership Program For Girls yang dianjurkan oleh Yayasan Axiata di Hotel Tenera, Bangi. Program ini melibatkan penyertaan sebanyak 72 pelajar wanita dari 9 Universiti Awam di seluruh negara. Program ini bertujuan untuk membangunkan para profesional pada masa hadapan yang siap sedia menghadapi cabaran era digital. Semua peserta yang terpilih adalah pelajar universiti awam berusia antara 19 hingga 25 tahun. Mereka dilengkapi dengan pelbagai kemahiran teknikal dan digital yang menjadikan mereka sangat berdaya saing dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki seperti IT, kejuruteraan, dan teknologi.
 
Program ini merangkumi aspek teori dan praktikal, termasuklah sesi perkongsian pengetahuan industri dan pembelajaran praktikal melalui bengkel interaktif serta latihan kepimpinan. Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk memberikan pengalaman 'hands-on' dan memperkukuh kemahiran kepimpinan peserta. Dengan penyertaan dalam program ini, UMPSA akan terus komited dalam usaha melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan, sejajar dengan perkembangan pesat teknologi digital.
LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT INFINEON TECHNOLOGIES KULIM SDN BHD KE UMPSA

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT INFINEON TECHNOLOGIES KULIM SDN BHD KE UMPSA

13 MEI 2024 - UMPSA PEKAN
 
Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Infineon Technologies Kulim Sdn Bhd yang terdiri daripada Encik Mohd Jeffery Bin Abdul Manaf Senior Director Production), Encik Lai Teik Yoong (Senior Manager HR Talent Acquisition), dan Cik Nur Farina Natasha Binti Ruzani (Senior Specialist Talent Acquisition). Topik utama perbincangan termasuk penubuhan Corner Infineon di UMPSA, pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) dan latihan industri, serta penajaan pelajar bagi program dwi-ijazah UMPSA-Jerman. Lawatan ini menandakan permulaan pelbagai inisiatif bersama yang diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.
PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI AMPANG PECAH: KURSUS DAN SERVIS PERCUMA

PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI AMPANG PECAH: KURSUS DAN SERVIS PERCUMA

8 MEI 2024 - AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU
 
Program Profesor Turun Padang oleh telah berjaya diadakan di Kampung Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu Selangor. Program ini menawarkan pelbagai kursus dan servis percuma kepada penduduk setempat. Program ini merangkumi Kursus Urutan Refleksologi, Kursus Manikur, dan Kursus Gubahan Bunga, yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih. Selain itu, terdapat juga servis gunting rambut percuma terbuka kepada penduduk setempat . Servis ini juga dibantu oleh pelajar sukarelawan dari GiatMara Selangor.
 
Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarkat, menyatakan bahawa objektif utama adalah untuk mendekatkan jurang antara universiti dan komuniti serta memberikan sumbangan praktikal kepada masyarakat. Penduduk Kampung Ampang Pecah menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan. Program ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada institusi lain dalam usaha memperkasa komuniti setempat.
PROGRAM KESEDARAN MENGENAI BIODIVERSITI DAN EKOSISTEM TASIK CHINI

PROGRAM KESEDARAN MENGENAI BIODIVERSITI DAN EKOSISTEM TASIK CHINI

11 MEI 2024 - TASIK CHINI, PAHANG
 
Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menganjurkan Program Kesedaran Mengenai Biodiversiti dan Ekosistem Tasik Chini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan biodiversiti dan ekosistem unik Tasik Chini. Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah oleh pakar ekologi, sesi lawatan lapangan, dan bengkel interaktif. Peserta berpeluang mempelajari lebih mendalam tentang flora dan fauna di Tasik Chini serta isu-isu yang mengancam kelestariannya. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang turut serta dalam usaha memelihara khazanah alam kita.
PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI PERTAK: SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA

PROGRAM "PROFESOR TURUN PADANG" DI PERTAK: SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA

8 MEI 2024 - PERTAK , KUALA KUBU BHARU
 
Program Profesor Turun Padang telah berjaya diadakan di Kampung Pertak yang mana aktiviti utama bagi program ini adalah khidmat servis motosikal secara percuma kepada penduduk setempat. Antara servis yang disediakan adalah khidmat penukaran minyak enjin, pemeriksaan brek, dan pelarasan rantai. Aktiviti ini diketuai oleh En. Mohamad Ilzam Bin Jamat, Eksekutif Kanan Bahagian Universiti Komuniti, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat serta staff & pelajar sukarelawan UMPSA. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada komuniti sambil memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Penduduk kampung menyambut baik program ini dan inisiatif seperti ini dilihat dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat melalui kerjasama yang praktikal dan berkesan.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link