1 MEI 2024 - HULU SELANGOR
Salah satu daripada Program Profesor Turun Padang: Semarak Siswa Madani yang dianjurkan oleh UMPSA di Hulu Selangor adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan servis motorsikal secara percuma kepada komuniti setempat. Program ini mendapat sambutan yang hangat oleh komuniti setempat dan hampir 100 biji motorsikal yang terlibat dalam program ini. Turut serta dalam program ini, Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim (Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Rizalman Bin Mamat (Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif) dan Pn. Haryani Binti Abdullah (Pengurus Besar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni).
Selain memberikan pengalaman praktikal kepada staf dan pelajar UMPSA, Kolej Komuniti Pekan, dan Kolej Komuniti Hulu Selangor, ia juga diharapkan dapat membangunkan kerjasama dalam bidang kepakaran TVET antara universiti dan kolej komuniti serta menyumbang kepakaran kepada masyarakat di kawasan tersebut. Program ini diharapkan dapat menjadi satu langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.