UMPSA ICoN     

Official Website    

PROGRAM BUBUR LAMBUK ANJURAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

PROGRAM BUBUR LAMBUK ANJURAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

21 MAC 2024 - MASJID NEGERI PAHANG
 
Dengan memeriahkan lagi bulan Ramadan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) telah mengadakan program bubur lambuk bagi komuniti setempat. Sebagai bahagian daripada aktiviti merewang, wakil dari Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) turut terlibat dalam proses penyediaan bubur lambuk di Masjid Negeri Pahang. Pn. Rozana Sahadan, Penolong Pembantu Tadbir PJIM, turut serta sebagai tukang masak dalam program tersebut. Inisiatif yang dianjurkan oleh JHEPA ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada komuniti setempat serta menyediakan hidangan tradisional yang lazat untuk berbuka puasa. Dengan adanya bubur lambuk ini diharapkan dapat membawa kegembiraan dan keberkatan kepada komuniti yang terlibat serta menjadi simbol kasih sayang dan kebersamaan dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.
PERBINCANGAN PROGRAM KOMUNITI KELOMPOK DI SEKITAR SMK GAMBANG

PERBINCANGAN PROGRAM KOMUNITI KELOMPOK DI SEKITAR SMK GAMBANG

19 MAC 2024 - SMK GAMBANG
 
Satu perbincangan berkaitan program komuniti telah dijalankan antara UMPSA dan SMK Gambang. Wakil dari UMPSA En. Zainuddin Bin Mat Husin, Pengarah Bahagian Hubungan Komuniti, telah mengadakan perbincangan dengan Pengetua SMK Gambang bersama dengan pihak pengurusan sekolah. Tujuan perbincangan ini adalah untuk merangka cadangan pelaksanaan program Komuniti Kelompok di lokasi sekitar termasuk program di sekolah yang melibatkan pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tujuan yang lain juga termasuk untuk memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat serta meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah. Program Komuniti Kelompok ini dijangka dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam aspek pembangunan diri dan akademik. Diharapkan dengan kerjasama yang erat antara sekolah, komuniti, dan PJIM, pelbagai inisiatif yang positif dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan pelajar SMK Gambang.
MAJLIS MENANDATANGANI & PERTUKARAN MOU ANTARA UMPSA DAN UIM

MAJLIS MENANDATANGANI & PERTUKARAN MOU ANTARA UMPSA DAN UIM

7 MAC 2024 - UNIVERSITAS ISLAM MULIA, JOGJAKARTA
 
Delegasi dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, yang diketuai oleh Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, dan Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Hubungan Bahagian Industri telah menghadiri dua sesi penting di Universitas Islam Yogyakarta (UIM) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti. Sesi yang pertama ialah sesi perkongsian berkenaan “Teaching & Supervision Skills” yang mana kedua-dua profesor telah memberikan penerangan dan bimbingan kepada pensyarah UIM tentang kemahiran pengajaran dan pengawasan yang penting dalam bidang pendidikan. Ini merupakan usaha universiti untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan sumber manusia dalam komuniti tempatan dan global.
 
Selain itu, telah dijalankan lawatan sekitar universiti untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kebudayaan dan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh UIM. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk bertemu dengan staf akademik dan pelajar tempatan, serta memperluas rangkaian hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan. Dalam Majlis Menandatangani & Pertukaran MoU, tindakan menandatangani memorandum persefahaman antara UMPSA dan UIM menunjukkan komitmen universiti dalam menjalin hubungan strategik. Langkah-langkah ini juga merupakan sebahagian daripada strategi CSR universiti dalam mempromosikan kolaborasi kepada masyarakat secara meluas. Ini jelas mencerminkan kesungguhan universiti dalam memainkan peranan aktif untuk membangunkan sesebuah komuniti dan mencipta peluang pembelajaran, serta meningkatkan kelestarian sosial dan ekonomi
UMPSA MEMILIH SEKOLAH ALAM NURUL ISLAM YOGYAKARTA UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN STEM

UMPSA MEMILIH SEKOLAH ALAM NURUL ISLAM YOGYAKARTA UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN STEM

8 MAC 2024 - SEKOLAH ALAM NURUL ISLAM JOGJAKARTA
 
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah memilih Sekolah Alam Nurul Islam Yogyakarta sebagai lokasi untuk menjalankan program pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Program ini diadakan untuk pelajar menengah atas dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
 
Program pertama, yang dikendalikan oleh Dr. Abdul Nasir Bin Abd Ghafar, Pensyarah Kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Elektronik, fokus kepada pembelajaran robotik. Pelajar tidak hanya diberi pendedahan terhadap asas-asas robotik, tetapi kemahiran pelajar juga dikembangkan melalui latihan praktikal pengaturcaraan dan reka bentuk robot. Melalui pendekatan ini para pelajar diberi peluang untuk merancang, membina, dan mengendalikan robot secara langsung,serta memahami prinsip-prinsip teknikal yang terlibat.
 
Manakala program kedua, yang dikendalikan oleh Cik Jasmira Bt Abdul Jalil, Eksekutif Pentadbiran di Bahagian Industri, bersama Cik Nurul Hasipah Bt Mat Rofi, Eksekutif Pentadbiran di Bahagian Hubungan Komuniti PJIM, fokus kepada perkongsian pembelajaran STEM. Dalam sesi ini, pelajar diperkenalkan kepada pelbagai konsep dan aplikasi STEM dalam kehidupan seharian. Aktiviti berkumpulan yang berfokus kepada sains dan teknologi telah dijalankan bagi tujuan pengajaran tentang peranan pelajar dalam inovasi. Kedua-dua program ini diharapkan tidak hanya memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan STEM, malah dapat memperkukuhkan komitmen Sekolah Alam Nurul Islam Yogyakarta dalam menyediakan pendidikan yang holistik dan relevan.
PROGRAM KOMUNITI BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG DEMANGREJO

PROGRAM KOMUNITI BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG DEMANGREJO

6 MAC 2024 - DEMANGREJO,KULON PROGO INDONESIA
 
Satu program Khidmat Komuniti telah dijalankan oleh wakil UMPSA di kampung Demangrejo, Kulon Progo Indonesia. Program perkongsian pengalaman dan ilmu dalam teknologi fertigasi dan Keusahawanan ini telah disampaikan oleh En Yusmin Bin Jaffar, Eksekutif Teknikal Bahagian Komuniti & Pentadbiran, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat. Program disertai oleh persatuan wanita, petani bawang merah dan pesawah Kampung Demangrejo. Walaupun wujud perbezaan bahasa antara Malaysia dan Indonesia, perkongsian ini berjaya menarik minat para hadirin yang sedikit sebanyak mendapat suntikan semangat untuk mempelajari ilmu keusahawanan.
 
Selain dari perkongsian berkaitan keusahawanan, program gotong-royong membersihkan masjid dan literasi digital turut dijalankan serentak. Kerja-kerja gotong-royong dibantu oleh pelajar dan staf Universitas Islam Mulia, Yogyakarta serta penduduk kampung. Aktiviti yang dijalankan merangkumi pembersihan ruang solat, menyusun atur bahan bacaan, membasuh telekung serta mengemas ruang penyimpanan telekung dan sejadah.Penganjuran program ini mampu memberikan impak positif yang berkekalan kepada masyarakat Kampung Demangrejo, bukan sahaja dari segi ekonomi dan kebersihan, tetapi juga dalam memperkasakan komuniti itu sendiri dalam usaha membasmi miskin tegar.
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link