25 MAC 2024 - DSH HOTEL
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan sebuah program iftar yang istimewa dengan mengajak keluarga PJIM dan juga keluarga Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Abu Yazid Bustami untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama di DSH Hotel. Program iftar bersama ini bukan sahaja menyatukan hati dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat, tetapi juga memberi peluang kepada semua pihak untuk menghargai nikmat berbuka puasa bersama-sama.
NEWS
25 MAC 2024 - UNITEN, BANGI
Uniten Bangi menerima kunjungan istimewa daripada UMPSA, iaitu Profesor IR Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Industri di Pusat Jaringan Industri & Masyarakat, serta Profesor Chin Kwok Feng, Pengarah Kanan di Pusat Pengurusan Kecekapan Penyelidikan UMPSA, Jabatan Penyelidikan & Inovasi. Profesor Chin Sim Yee dan Profesor Chin Kwok Feng menekankan pentingnya kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi untuk memperkukuhkan kesinambungan antara pendidikan dan permintaan industri. Hasil daripada lawatan tersebut, kedua-dua berharap agar penandaaras ini tidak hanya menjadi tonggak penting bagi UMPSA, tetapi juga menandakan komitmen bersama dalam melonjakkan pencapaian akademik dan industri negara ke peringkat yang lebih tinggi.
